Posts

Showing posts from September, 2009

Al- Fatihah...

Image
Tanggal 26 September 2009 bersamaan hari raya ke-7, opah pergi meninggalkan kami setelah lebih setahun terlantar uzur. Dan di sepanjang bulan ramadhan ini opah menghabiskan masa di hospital, sambil ditemani mak dan atok bergilir-gilir. Aku sempat menziarahi opah beberapa hari sebelum beliau pergi buat selamanya. Hari itu jam 1 tengahari, aku mulakan langkah untuk berangkat ke kota, walau terasa berat meninggalkan opah namun naluriku berkata masih ada masa, ku hadiahkan bacaan surah yaasin untuk opah agar diringankan ujian tuhan lalu aku bisikkan ke telinganya, "Pah, nanti kita jumpa lagi ye". Opah tidak mampu berkata tapi jelas anak matanya memandangku, dan pandangan itu adalah yang terakhir dari opah. Jam 410 petang opah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku yang di ketika itu telah menyusuri persimpangan Sg. Buloh berpatah kembali ke kampung. Setibanya aku di kampung jam 6 petang, van jenazah opah pun tiba dari hospital. Kami bertemu lagi, namun kali ini aku hany

Buat Muslimin & Muslimat...

Image
Anak, Sekali lagi raya menjelma, Datang menyapa sang pemuasa, Datang mungkin untuk yang terakhir, Tiada siapa yang tahu, Anak, Pulanglah, Mungkin hari raya ini yang terakhir, Mungkin bagi kita atau orang tua, Kerana kita semua hamba, Tak mungkin tahu takdir Tuhan, Kerana kita hamba, Hidup dan mati ketentuan Tuhan, Anak, Jangan kesibukan jadi alasan, Jangan kesempitan jadi halangan, Kerana kasih ibu tiada batasan, Kerana kasih ayah penuh dugaan, Anak, Berbakti biar masih ada, Berjasa biar boleh merasa, Terbalaskah jasa mereka? Terjawabkah keringat mereka? Anak, Adili diri, Terlangsaikah tanggungjawabmu, Eratkah kasih sayangmu, Terkucupkah pipi orang tuamu, Anak, Emas itu tidak bernilai, Wang itu tidak kaya, Cantik itu tidak sempurna, Tiada yang boleh dibangga, Bila roh dan jasad terpisah, Anak, Berilah kasih sayang, Berilah belaian, Berilah doa dan munajatmu, Kerna tiada siapa tahu bila dan bila izrael kan menjelma. Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin... Berhati-hati Di Jalanray

Zulhilmi & Diana

Image
by firrbudi @ Tmn. Tasik Titiwangsa, KL

'Enam Tahun' Buka Puasa Gathering 2009

Image
by firrbudi @ KGPA, 12 September 2009

Selamat Hari Raya...

Image
Selamat Hari Raya Kepada Muslimin & Muslimat Semua... by firrbudi @ Bdr. Sri Damansara, 12 September 2009

Kekuatan 'Ramadhan'...

Image
Sebelum kita salahkan pencetus-pencetus pertelingkahan ini, mari kita fikirkan sebab musabab berlakunya bantahan sedemikian rupa. 1) Dimana letaknya Ladang Ternakan Babi? Kenapa cina tak mahu terima kedudukan kandang babi ini dikawasan mereka? kerana kekotoran dan pencemaran yang sangat teruk. Mereka makan daging kita makan najis. Salah Melayu tak bersatukah atau salah pemimpin? Isu kepala lembu diarak dibesar-besarkan, namun tidakkah anda fikirkan berapa kalikah kepala babi digantung? tiada siapa pun dari wakil mereka memohon maaf. Inilah sikap 'kiasu' sebenarnya. 2) Dimana letaknya Kuil Hindu? Mengikut statistik yang didedahkan sendiri oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Utusan Malaysia 06 September 2009 yang lalu, Jumlah rumah ibadat agama lain adalah 3 kali ganda dari jumlah masjid dan surau. Ianya boleh dijelaskan begini, jumlah penduduk di Negeri Selangor ialah 4.8 juta. Umat Islam 2.8 juta (239 masjid & 959 surau), Cina berjumlah 1.4 juta (1019 tokong), India berjumlah

Rumahku, Syurgaku...

Image
by firrbudi @ Taman Impian Putra, Bangi : 29 Ogos 2009