Posts

Showing posts from May, 2016

Projek 'Mahligai Ummi' @ Batu 9, Sijangkang

Image
Design by Firrbudi aka Lensahijau

DILEMA REKA BENTUK MASJID DI MALAYSIA : Hilangnya Konsep Kesederhanaan & Kelestarian

Image
DILEMA REKA BENTUK MASJID DI MALAYSIA : Hilangnya Konsep Kesederhanaan & Kelestarian Oleh Mohd Firrdhaus Mohd Sahabuddin Pengenalan 1.1    Isu Semasa Dengan pertumbuhan pesat pembinaan masjid dan fungsinya dalam masyarakat Islam di Malaysia, keselesaan jemaah adalah menjadi satu kebimbangan utama. Keselesaan haba yang tidak sesuai dalam bangunan masjid membawa kepada persekitaran terma yang tidak selesa bagi jemaah (Hussin, Salleh, Chan, & Mat, 2014). Ia telah menjadi amalan biasa bahawa masjid-masjid di Malaysia perlu dilengkapi  dengan sistem penyaman udara untuk memberi keselesaan kepada jemaah. Walau bagaimanapun, kurangnya kajian dan maklumat mengenai tahap keselesaan ruang solat  di masjid di Malaysia menyukarkan penambahbaikan dilakukan (Hussin et al., 2014). Peningkatan penggunaan penyaman udara  di bangunan masjid di Malaysia nampaknya memberi kesan peningkatan penggunaan tenaga elektrik dalam operasi masjid setiap hari (Hussin et al., 2014).    

RUMAH TRADISIONAL MELAYU : ANTARA SENI, SAINS KUNO & REALITI

Image
RUMAH TRADISIONAL MELAYU : ANTARA SENI, SAINS KUNO & REALITI Oleh: Mohd Firrdhaus Mohd Sahabuddin PENGENALAN Rumah Tradisional Melayu merupakan antara senibina terawal yang didirikan di Gugusan Kepulauan Nusantara ( Malay Archipelago ). Ia telah melalui proses transformasi sejak ribuan tahun yang lalu. Kesenian pertukangannya disampaikan secara turun temurun dari generasi ke generasi. Sehingga kini jejak rumah-rumah tradisional ini masih dapat dilihat dan dikesan di seluruh nusantara samada secara fizikal ataupun yang telah menjadi sebahagian artifak sejarah yang didokumentasikan oleh pelbagai organisasi kerajaan atau swasta dan badan-badan warisan. Kesenian rumah-rumah tradisional ini adalah sangat unik kerana ia mewakili setiap pecahan etnik Alam Melayu yang terdapat di gugusan kepulauan ini. Namun, sifat fizikal yang dibina mengunakan bahan binaan ringan dari sumber setempat seperti kayu-kayan, buluh, rotan, mengkuang, daun nipah dan sebagainya tidak memungkinkan

Proses Pembinaan 'Mahligai Ummi' @ Sijangkang (Bahagian 2)

Image
Diatas adalah merupakan pelan asal rumah ibu. Pelan ini direka oleh tukang kayu yang diupah oleh arwah bapa tiri penulis pada tahun 1998 dahulu. 3 buah bilik disusun selari dengan bilik air dan tandas berasingan. Ruang tamu yang sangat luas dan ruang makan ditengah-tengah. Dapur adalah sangat kecil dan tidak selesa akibat pengudaraan yang tidak sempurna. Lihat sahaja jumlah tingkap yang disediakan, amat kurang dan tidak mencukupi. Berikut adalah diantara masalah susunan ruang yang dapat penulis kesan dan perlu diperbaiki untuk rumah baru nanti. Ini adalah pelan rumah ibu yang baru yang dapat penulis hasilkan dengan kos yang diperuntukkan. Secara asasnya, pelan baru ini menggunakan saiz pelan yang sama dengan pelan asal hanya penambahan sedikit dibahagian anjung kereta dibuat. Selebihnya adalah perubahan secara dalaman namun grid yang lama masih dikekalkan. Diantara perubahan yang ketara ialah saiz dapur yang telah diperbesarkan hampir 3 kali ganda, pengecilan bilik 3 bagi m

Proses Pembinaan 'Mahligai Ummi' @ Sijangkang (Bahagian 1)

Image
Inilah rumah ibu penulis yang terletak di Kg. Medan, Batu 9, Sijangkang. Rumah ini berusia hampir 20 tahun, diduduki oleh ibu penulis pada awal tahun 2000 yang lalu. Sebelum itu ianya disewakan kepada beberapa orang penyewa. Rumah ini dibina menggunakan kaedah lama iaitu separuh batu dan separuh kayu dengan bumbung asbestos berstrukturkan kayu meranti. Setelah hampir 16 tahun mendiami rumah ini, satu persatu komponen-komponen rumah ini dimakan anai-anai dan mereput. Bumbung asbestos yang mudah pecah menambah keuzuran dengan hampir di kebanyakan tempat pada siling papan lapis yang mereput akibat terkena air hujan dari kebocoran bumbung. Dinding dan tiang yang luarnya kelihatan elok mula menampakkan kerapuhan akibat dimamah anai-anai. Satu persatu dinding, tiang, siling dan bumbung jatuh rebah menyembah bumi. Hanya satu istilah yang dapat diungkapkan - rumah ini telah sangat uzur. Setelah sekian lama penulis menerima rungutan dari ibu akan kerisauannya tentang keadaan rumah