Posts

Showing posts with the label Product

My First Product Photo

Image
'Product Photo' sesuatu yang pernah kucuba suatu ketika dulu, namun tak semudah dan hasilnya tidaklah sebaik yang diharapkan. Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu gambar produk yang baik kita bukan sahaja perlu ada kefahaman asas teknikal kamera dan pencahayaan yang jitu malah kita memerlukan kelengkapan yang lengkap atau separa lengkap bagi yang baru berjinak seperti aku. Aku telah berpeluang untuk memperbaiki teknik gambar produk ini setelah dilamar oleh sebuah syarikat perindustrian makanan (DMG FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.) untuk merakamkan gambar produk mereka seperti Royale Danish dan Royale Cookie yang telah ada dipasaran di pasaraya terdekat. Terima kasih atas kepercayaan mereka dan kerjasama disepanjang sesi 'photoshoot' ini. Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama aku untuk menghasilkan karya 'product photo', jadi aku telah membuat beberapa 'homework' beberapa hari sebelum tarikh photoshoot diadakan. Agak gabra juga untuk mengambil tugasa...