Monday, June 29, 2009

Cambodia Trip : 1st Day

03.15 ptg : Berangkat menuju ke kapal terbang, thanks AirAsia kasik tiket murah... Now Everyone Can Fly....
04.00 ptg : Dalam flight belek2 majalah terjumpa artikel ni... mcm tau2 je kami nak kesana....
04.15 ptg : Perjalanan memakan masa 1 jam 45 min, sempat la posing2 skit dengan topeng tu... lemas gak la nak bernafas...
04.30 ptg : Pemandangan pertama yang dapat menggambarkan suasana Kota Phnom Penh... Flat Land je semua... bangunan pun tak tinggi, highrise pun ada satu je...
04.45 ptg : Selepas mendarat, inilah Phnom Penh International Airport...
05.00 ptg : Suasana Dalam airport... byk gambar2 dan poster2 Angkor Wat... lagi tak sabar nak sampai sana...
05.15 ptg : Suasana traffic di Phnom Penh, sangat2 sibuk dan lintang pukang, dengan tuk-tuk, dengan motosikal, kereta-keretanya takde yang kecik2, suma standard camry keatas je... tapi walaupun begitu, attitude mereka di sini sgt2 berbeza dari yang biasa di lalui oleh kita di KL... mereka boleh bertoleransi dan berkomuniukasi dengan baik skali... salute cambodian...
05.45 ptg : monumen pertama yang kelihatan, ciri2 architecture tempatan... menarik skali...
06.00 ptg : kedai mamak malaysia, teh tarik & nasi lemak pun ada.... gambar2 kat dalam pun byk menonjolkan identiti Malaysia...
08.30 mlm : suasana di salah satu jalan di kota phnom penh...
09.00 mlm : singgah makan malam di salah satu restoran 'halal' yang ada di phnom penh... lebih kurang makanan kita di Malaysia....
09.15 mlm : sos ni je tak tau dari mana, halal kot tapi tak berani nak makan...
10.00 mlm : Jalan2 di sekitar phnom penh... ini adalah tugu peringatan... rasanya la...
10.15 mlm : gambar kenangan, Si Yol lak sibuk kat blakang tu...
10.30 mlm : susanan malam di sekitar tugu tadi... siap sedia 'tuk-tuk' menunggu... disana kami sentiasa dikejar oleh mereka... boring btul....
10.45 mlm : Sesi bergambar beramai-ramai sebelum menutup hari pertama kami di Cambodia... skali didalam gambar, En. Shukor (rakyat Malaysia yg bekerja disana), dan En. Farid (pemandu yang berketurunan 'melayu campa')
by firrbudi @ Phnom Penh : 29 June 2009

Monday, June 22, 2009

Aku, Atok & Opah....

Baru-baru ini aku berpeluang pulang ke kampung untuk melawat Opah dan Atok. Keadaan mereka semakin dijamah usia, jelas kelihatan pada zahirnya, tetapi aku percaya jiwa dan hati mereka jauh lebih kuat berbanding aku dan pada orang kebanyakkan seperti kita. Hidup berdua dalam keadaan uzur, menghitung setiap detik, setiap saat, bagi aku adalah satu kehidupan yang amat panjang. Tapi aku tahu Atok berjiwa tegar, segala kesusahan pasti ditempuhi tanpa banyak soal. Dari penceritaannya kepadaku, berbasikal dari Ipoh ke Bagan Datoh sesuatu yang biasa bagi orang dulu-dulu dan hingga kehari ini basikal tua itu lah satu-satunya nadi dalam setiap aktiviti yang atok lakukan. Dulu masa kecil atok akan membawaku kemana saja dia pergi, dari zaman duduk dalam raga, ke zaman membonceng hinggalah aku punyai basikal sendiri, kayuhan aku dan atok sentiasa seiring hampir sedekad lamanya ulang alik dari kampung ke Tapah Road.

Ceritanya bermula setelah bapaku meninggal dunia ketika umurku 1 tahun 4 bulan. Mak menghantar aku dan kakak tinggal menetap dikampung memandangkan mak perlu mencari rezeki di kota. Dari situ bermulalah kehidupanku bersama Atok dan Opah. Mereka menjagaku dari ketika itu hinggalah ke akhir zaman persekolahan, dan selama 16 tahun aku hidup dikampung segala kenangan suka dan duka masih segar dalam ingatan. Untuk menceritakan semuanya amatlah mustahil dan ianya tidak tergambar dengan kata-kata maupun angan-angan. Aku bertuah kerana melaluinya.

Hari itu aku pulang lagi, walaupun aku telah bekerja dan berkeluarga dan menetap di Kota, naluri dan jiwaku masih ada terus tinggal disana selagi sekeping tanah tempatku berlari itu masih disitu. Opah yang dulunya mengendong aku kehulu kehilir, ketika memasak dan berkebun sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi, mengharapkan bantuan sepenuhnya dari Atok. Atok dengan sabar menjalankan tanggungjawabnya tanpa sepatah rungutan di hamburkan, sejak opah sakit atok jarang sekali keluar dari rumah itu. Jika dulu suara azan Atok berkumandang diseluruh kampung kini semua itu seperti sukar di dengari lagi. Semuanya harus dikorbankan demi sebuah ikatan yang ikhlas. Begitulah kehidupan kedua-dua insan yang telah banyak berbudi kepadaku, Aku akan pulang lagi untuk kesekian kali, walau disatu hari tiada sesiapa lagi, aku akan pulang lagi....

by firrbudi @ Kg. Changkat Petai, Tapah Road, 21 Jun 2009

Wednesday, June 10, 2009

My Best Friend Wedding.... Azam & Siti Fairus

From Gemencheh to Kota Bharu... Hari2 yang paling sibuk dalam kerjaya fotografi aku... demi sahabat baik yang aku anggap seperti saudara sendiri, aku pasti tiba walau apa jua rintangan. Alhamdullillah aku dan 'zoul' sampai ke KB juga, kedatangan kami bukan semata untuk menjalankan tugas sebagai fotografer sahaja tetapi lebih kepada meraikan Azam & Siti Fairus yang melangkah ke jinjang pelamin... Sebagai sahabat aku amat bangga dan gembira sekali melihat sahabatnya bersanding dijinjang pelamin... Untuk Azam & Siti, tahniah kepada kalian, selamat berbahagia hingga ke akhir hayat...

by firrbudi @ Kota Bharu, 07 Jun 2009

Monday, June 1, 2009

Hady & Nona : 31 Mei 2009

Thanks to my asst. photographers :

bobby (http://www.ibrahimi.net/) & fadh (http://desenja.fotopages.com/)

You've done a great job... Juga untuk kedua mempelai Insp. Hady & Nona, kerjasama anda amat saya hargai, dan berjumpa lagi di Gemencheh untuk sesi bertandang....

by firrbudi @ Setia Alam, 31 Mei 2009

Mobile : +6019 2005256
Email : lensa_hijau@yahoo.com / dosh212@gmail.com
Personal Blog : http://lensahijau.blogspot.com/
Fotopages : http://lensahijau.fotopages.com/