Saturday, January 10, 2009

Indah itu indah....

Salam semua.... ni aku nak cerita tentang suatu tempat yang ramai antara kita kupercaya belum berkesempatan untuk sampai... aku tak sangka masih ada tempat secantik ini di Malaysia... bukan nak dibandingkan dengan sesuatu yang seperti 'Putrajaya' itu tidak langsung menyamai apa yang aku alami disini... sesuatu keindahan itu perlu dicari walaupun diceruk dunia yang tiada siapa yang menyangka akan wujudnya sebuah kampung nelayan seperti ini... aku teruja... sangat teruja... berjam-jam aku habiskan masa mencari spot terbaik utk sesuatu yang bagi aku dapat menceritakan segalanya disebuah kampung nelayan. Kg. Telaga Nenas dinamakan dan terletak berhampiran pekan Lumut, Perak. Untuk kesini memakan masa 3 jam dari Bidor... melalui pekan Manjung, Setiawan dan Pekan Ayer Hitam... kemudian masuk pula ke daerah pertanian Felda dan terus hingga tiada lagi jalan untuk kereta lalui. Zoom Malaysia seharusnya membuat liputan di tempat seperti ini daripada pergi ke 'Masjid Kristal' yang memaparkan monumen-monumen ciplak di seluruh negara... Mereka-mereka ini terlalu termakan dengan budaya 'taman tema disneyland' agaknya.... pedulikan.... Ini tugasku untuk memberitahu... kerana indah itu tetap indah tanpa sedikit pun mencalar bumi tuhan....
Sejarah Nama Telaga Nenas
Kampung ini terletak di tebing kanan Sungai Dinding, lebih kurang 40 kilometer dari bandar Sitiawan.Kampong Telaga Nanas dibuka oleh Abdul Mutalib Lahad dan saudaranya, Taha Datuk Nakhoda Geroyang serta dua sahabatnya iaitu Raja Ngah dan Pak Sulong Abu pada tahun 1857.Nama Telaga Nanas diilhamkan daripada sebuah telaga yang agak luar biasa. Airnya amat jernih dan tidak pernah kering walaupun digunakan seluruh penduduk kampung apabila telaga yang lain habis ketika kemarau.Di tepi telaga itu ada pokok nanas yang sedang berbuah. Buah nanas itu dikatakan mempunyai ukuran yang luar biasa besarnya. Keunikan serta kombinasi dari dua objek iaitu telaga dan nanas ini melahirkan aspirasi untuk menamakan kampung itu sebagai Kampong Telaga Nanas.
Sumber: Sinar Harian
by firrbudi @ Kg. Telaga Nenas, Perak

2 comments:

  1. wah...boleh jadi wartawan nih...

    ReplyDelete
  2. wah....bgge ak jg anak jati telage nenas....

    ReplyDelete