Wednesday, January 28, 2009

KL Tower & KLCC...


Salam semua, lama juga aku tak post apa2 dlm blog yg baru setahun jagung ni... first skali kerana sibuk dengan hal2 rumahtangga dan biznez yang baru setahun jagung juga dan yang kedua kerana aku masih menumpukan masa di http://lensahijau.fotopages.com/ yang mana disitu kebanyakan hasil kerja aku di 'publish' kan. Namun, diwaktu terluang ini aku mengambil kesempatan untuk bercerita tentang pengalaman aku sekeluarga pergi meneroka dan menawan puncak KL Tower....
Ceritanya bermula pada tahun baru cina baru2 ini.... setelah berfikir lebih seminggu akan aktiviti yang mahu dilaksanakan, akhirnya idea untuk membawa keluarga ke KL Tower telah sampai waktunya.... so, malam sebelumnya aku search di laman web rasmi http://www.menarakl.net/ dan membuat perkiraan masa dan kos sebelum pergi keesokkannya... jadi tertulis disitu RM15 untuk seorang dewasa.... oklah tu pun dah kira ok la.... jadi pada hari raya cina kami sekeluarga pergilah ke sana dalam pukul 6:15 petang (saja nak shoot magic hour KLCC la konon...). Bila je sampai disana harga tiket terus naik mencecah ke paras RM38 seorang.... aku ralat sekejap.... kenapa boleh mahal pulak.... so aku tanya dan penerangan daripada adik info counter tu "tiket ni termasuk skali dengan tempat permainan yang ada di sekitar kawasan KL Tower ni".... Lah sapa yang nak masuk tempat2 ni.... sekarang depa sudah paksa kami pengunjung masuk taman tema yang serupa hangat-hangat taik ayam tu dan mini zoo.... bagi aku tu semua membebankan.... tujuan utama just nak naik ke observation deck sahaja.... tu je....! pekehalnya mereka nak paksa kita.... tiada pilihan lain sebab dah sampai jauh2 aku bli la.... nengok dari bawah je rasa macam tak lengkaplah.... So, bila naik kira ok la dapat la enjoy view KL yang indah juga tu.... so, lebih kurang 1 jam setengah kami diatas kami pun turun dan masuklah ke taman musim sejuk yang tiada apa2 melainkan rusa2 santa claus berdiri megah.... (ni musim krismas pun tak abis lagi ke...?) dan kemudian ke mini zoo yang bagi aku agak menghiburkan, tu pun sebab anak aku yang baru setahun 5 bulan tu terjerit-jerit tgk kera tengah main.... at least ada tempat yang berbaloi.....
Moral of the story disini aku bukan nak banyak komplen tapi menegur kekurangan dalam sistem industri perlancongan kita ni.... perkara pertama ialah laman web.... standardkan mana satu yang rasmi.... banyak info yang salah diterbitkan oleh laman web yang pelbagai ni.... inilah perantara masyarakat satu dunia tentang KL Tower.... Juga terangkan kos sebenar jangan hanya fikir nak promote sahaja.... mungkin ada yang tidak mampu datang, nanti melangut kat bawah tu je... Yang kedua taman tema yang dibangunkan untuk krismas tu sudah2 la..... buat lah ikut musim.... ni dah masuk raya cina pun dok masih tayang rusa santa claus lagi.... pekenamenye.... pikir2kanlah.... apapapun inilah KL Tower.... sesuatu yang boleh kita bangga....
*penulis telah diberitahu bahawa laman web rasmi KL Tower adalah http://www.menarakl.com.my/ bukan seperti http://www.menarakl.net/ yang diterbitkan diatas.... harap maklum.
by Firrbudi @ KL Tower Jan 2009

2 comments:

  1. timo ksh bro..
    singgah msuk blog den..

    ReplyDelete
  2. menarik gak view kl time 'magic hour' nih! :D

    ReplyDelete