Monday, January 12, 2009

Masa Itu Emas...

'Masa itu Emas'.... ungkapan yang sejak dari bangku sekolah lagi telah ditekankan kepada kita. Ungkapan ini terlalu biasa di telinga kita sampaikan tiada kesan lagi bagi kita mengamatinya. Sebenarnya pucuk pangkal aturan kehidupan didunia bermula dengan pengurusan masa, setiap saat sejak kita dilahirkan kedunia hinggalah kesaat kematiannya kita adalah bertemankan dengan masa. Sejak itu masa telah didetikkan bagi setiap apa yang kita lakukan. Tiada sesiapa pun tahu berapakah peruntukan masa yang telah tuhan berikan kepada kita untuk menguruskan diri, keluarga, agama dan hidup seharian kita. Adakalanya terlalu singkat dan adakalanya agak panjang.... bergantung kepada perjanjian kita dengan tuhan yang Esa. Sehingga sekarang adakah kita berpuas hati dengan apa yang kita nikmati? Aku percaya tiada seorang pun akan menyatakan hidupnya penuh dengan kejayaan.... pasti ada ketika terdetik penyesalan jika aku dari dulu lagi begitu dan begini.... betul? Disini kita perlu renungkan dalam-dalam erti kehidupan itu sendiri, percaya ketentuan hidup ini sebenarnya dan mensyukuri apa saja yang telah kita lalui.... tiada yang terlewat dalam hidup jika kita mengingati tuhan setiap saat. Itulah kunci setiap perbuatan.... ingatlah 5 perkara sebelum sampai 5 perkara : Hidup sebelum Mati, Sihat sebelum Sakit, Kaya sebelum Miskin, Lapang sebelum Sibuk dan satu lagi aku pun dah lupa... Berfikirlah sejenak setiap awal pagi hari ini kita bermula untuk esok....
by firrbudi @ Mahsuri Apt, Setiawangsa 2005

No comments:

Post a Comment