Thursday, February 5, 2009

Anakku....

'Sofia' itulah nama diberi... dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 2007 hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50... So, birthday Sofia akan disambut setiap tahun dengan gilang gemilang berkongsi dengan beratus2 atau mungkin beribu rakyat Malaysia yang sama tarikh lahirnya...
Gambar ni dirakam pada awal Januari yang lalu di kampung tempat tumpah darah aku di Tapah Road, Perak. Berlatarbelakangkan rumah Tok Nyang & Pah Nyang yang sedang uzur ketika ini... 1001 cerita dan kenangan sepanjang 17 tahun aku dibesarkan disini dari seawal umurku 1 tahun 4 bulan hinggalah 17 tahun...
Sofia... zaman kita berbeza, cara kita dibesarkan berbeza, permainan kita ketika kecil juga berbeza, Sejarah hidup kita pasti berbeza... Walau dimanapun kita berada dan dibesarkan ingatlah tempat asal usul kita... kerana disitu lebih memahami apa yang pernah kita alami... disitu mungkin tiada apa lagi yang tinggal tapi kenangan kita akan kekal abadi di hati sanubari...
Untuk Sofia... Papa n Mama luv you always... Jadilah anak yang baik....
by Firrbudi @ Kg. Changkat Petai, Perak : 02 Jan 2009

2 comments:

  1. yesza..
    gmbr2 mcmni yg diperlukan...
    br ade feel...
    nice bebb... halu fifi... ;)

    ReplyDelete