Saturday, February 14, 2009

Bukit Tabur 09'

Syukur... Selamat semuanya, kami seramai 18 orang pemuda pemudi yang sebahagian besarnya staf-staf JKR dan di awasi oleh 4 org 'guide' bertauliah telah menjalankan aktiviti mendaki Bukit Tabur. Setelah berkumpul hampir 1/2 jam di petronas Tmn. Melati kami memulakan perjalanan menuju ke kaki Bukit Tabur. Diamati terserlah semangat dan keghairahan masing-masing untuk menawan puncak yang menjanjikan keunikan alam semulajadi ini. Sebelum itu, senaman ringan dan doa selamat dibacakan bagi memohon perlindungan dari Tuhan yang Esa, agar tiada musibah berlaku, al maklumlah kebanyakkannya first timer...
Jam 8 pagi pendakian kami bermula, dan sejak dari awal lagi kami diuji dengan 'ekstrem' skali oleh topografi dan trek yang sgt mencabar. Sesuatu yang tidak kami jangkakan langsung. Ramai yang patah semangat namun kami tiada pilihan, tiada jalan pintas, dan tidak berbaloi untuk berpatah kembali, kami kini telah berada ditengah-tengah hutan batu yang amat asing. Tiada siapa tahu apakah keadaan trek dihadapan, hanya panduan dari 'guide' membantu kami terus melangkah.
"Dammed"... cantik memang cantik. Itu saja yang mampu terluah oleh lidah. Pemandangan Empangan Klang amat mengasikkan setibanya kami di perhentian pertama. Terubat sedikit kepenatan. Lensa kamera berpusu-pusu mencari arah, shutter dilepaskan bertubi-tubi tanpa henti. Ya inilah harga yang perlu kami bayar untuk semua keindahan ini.
Perjalanan kami diteruskan dan berhenti di beberapa spot yang menarik, akibat leka menikmati dan berposing dengan alam, kumpulan kami terpecah kepada 2 kumpulan. Sayup-sayup kelibat mereka berada dipuncak lagi satu. "Dammed".... jauh lagi ni. Kami telah pun berada dipuncak sebenarnya tetapi perjalanan kami adalah menuju ke puncak yang ketiga, iaitu puncak tertinggi dan teragung di Bukit Tabur West ini. Sangat-sangat menguji mental dan fizikal kami. Ada suara kedengaran ingin berhenti disini saja, ada yang ingin berehat lebih lama, tapi masa perlu dijaga, kami perlu turun semula sebelum matahari diatas kepala, jika tidak bahana kepanasan pula perlu dibayar.
Ya inilah puncak yang terakhir yang perlu kami lepasi, dan halangan terhebat disepanjang pendakian ini. Hanya bergantung pada tali saja yang mampu membawa kami kepuncak, tiada cara lain. Seorang demi seorang berjaya berada dipuncak dan akhirnya kami semua berjaya menawan Puncak Bukit Tabur jam 1030 pagi.
Kami berehat dalam keadaan kepenatan dan tahap mental yang paling rendah. Setelah hampir 1/2 jam dipuncak, masa untuk turun telah tiba, ketika ini kami merasai dan membayangi keadaan yang lebih sukar lagi dari pendakian tadi yang bakal ditempuhi. Aku terkenang, jikalah aku seekor burung alangkah indahnya saat itu.....
by firrbudi @ Bukit Tabur West, 14 Feb 2009

3 comments:

  1. uiksss..... gambar ko duduk atas batu tergantung tu mmg aku tak puas hati....!!! camna aku bole tak perasan spot tu.....!!
    ni yang buatkan aku nak repeat ni...!!! huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. nasib baik view sume puas hati...tak sangka 'trail' ni mencabar...yelah utk kita2 yang sememangnya panjat bukit 3, 4 tahun sekali...ade yg tak penah pun...mmg lemah semangat di buatnya...tgh2 jln tu menyesal pun ada...baik main ngan fifi kat umah...huhuhu..apapun experience yg best...thrill...dan menguji tahap kekentalan fizikal dan mental..thanks to yon n geng...dan lensahijau..sebab bawakkan beg!..hehehe

    ReplyDelete
  3. Damnnnnnn.... memang best, tapi aku tak sanggop dah nak panjat lagik sekali. Apapun perot aku tak terkaver la jugok.. hahahahha

    Lain kali cari bukit cerun kurang 20darjah ok kot? hehehehehe

    ReplyDelete