Tuesday, February 17, 2009

M-Suites Hotel, JB Waterfront & Komuter Subang

Johor Bharu (JB) sebuah bandar yang begitu banyak sejarah dan memori bagi aku. Disini aku menghabiskan pelajaran selama 6 tahun di UTM, dan tidak dinafikan jiwaku masih tertinggal dibumi gersang ini. Alkisahnya, aku berkesempatan lagi untuk datang ke JB atas tiket mesyuarat dan lawatan tapak di sebuah sekolah di Kulai. Dengan hati yang berbaur gembira dan kepenatan kesan daripada pendakian bukit tabur tempohari, aku gagahi jua untuk datang melawat kota yang telah 5 tahun kutinggalkan. Inilah sedikit sebanyak gambar yang dapat aku rakamkan malam itu, banyak lagi tempat-tempat menarik yang bakal aku rakamkan bila ada peluang turun ke JB lagi.
Dan dikesempatan ini aku ingin mengucapkan berjuta terima kasih kepada azamustafa, kawan baik ketika di UTM dan juga salah seorang wedding photographer disini kerana menemani dan membantu aku ketika mengalami kesulitan yang tak diduga. Boboi thanks a lot.

by Firrbudi @ JB Waterfront, M-Suites Hotel & Komuter Subang : 16 & 17 Feb 2009

Mobile : +6019 2005256
Email :
lensa_hijau@yahoo.com / dosh212@gmail.com
Personal Blog :
http://lensahijau.blogspot.com/
Fotopages :
http://lensahijau.fotopages.com/

1 comment:

  1. salam..

    mr balak, jgn serik melawat ke JB lagi.. call aja..insya allah aku sampai..

    jgn lupa temujanji kita mac ini..cant wait bro!

    ReplyDelete