Saturday, February 21, 2009

My First Product Photo

'Product Photo' sesuatu yang pernah kucuba suatu ketika dulu, namun tak semudah dan hasilnya tidaklah sebaik yang diharapkan. Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu gambar produk yang baik kita bukan sahaja perlu ada kefahaman asas teknikal kamera dan pencahayaan yang jitu malah kita memerlukan kelengkapan yang lengkap atau separa lengkap bagi yang baru berjinak seperti aku.

Aku telah berpeluang untuk memperbaiki teknik gambar produk ini setelah dilamar oleh sebuah syarikat perindustrian makanan (DMG FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.) untuk merakamkan gambar produk mereka seperti Royale Danish dan Royale Cookie yang telah ada dipasaran di pasaraya terdekat. Terima kasih atas kepercayaan mereka dan kerjasama disepanjang sesi 'photoshoot' ini.

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama aku untuk menghasilkan karya 'product photo', jadi aku telah membuat beberapa 'homework' beberapa hari sebelum tarikh photoshoot diadakan. Agak gabra juga untuk mengambil tugasan ini almaklumlah pengalaman tiada, hanya sekadar 'wedding photographer' persendirian sahaja.

Perkara pertama yang aku buat ialah mencari tip-tip penting dalam menghasilkan 'product photo' ini. Hasilnya satu panduan berguna aku temui di laman web terkenal di http://www.kenrockwell.com/tech/product-photography.htm yang aku paparkan di entry terdahulu. Kedua, aku dapatkan 'Product Tent' berwarna putih di sebuah kedai kamera terkenal juga supaya aku boleh mencuba dahulu teknik dan setting yang bersesuaian untuk tugasan ini dirumah. Dengan semangat aku mulakan beberapa cubaan demi cubaan sehinggalah aku yakin mampu mendapatkan shot-shot yang boleh diterima pakai dalam cabang 'product shot' ini. Ianya bukan mudah, lebih-lebih lagi photographer amatur seperti aku.

Diatas adalah diantara hasil yang diperolehi dalam sesi itu, masih banyak kelemahan dibeberapa aspek. Namun bagi aku itu adalah titik tolak kepada kerjaya yang aku minati ini, tanpa usaha tiada kejayaan.

by Firrbudi @ Danau Kota, 21 Feb 2009

Mobile : +6019 2005256
Email :
lensa_hijau@yahoo.com / dosh212@gmail.com

2 comments:

  1. salam,
    selangkah dihadapan..
    pas ni leh la makan biskut ni kat umah ko..ehe

    ReplyDelete
  2. Sedap Nampak biskut tu.....anyway
    nice pic u have....keep it up...

    peace....thetokwan

    ReplyDelete