Friday, February 6, 2009

Save Palestine!

Salam... setelah hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita kesengsaraan warga Palestin di dada akhbar maupun di kaca televisyen; seharusnya atau dengan kata yang lebih tepat kewajiban kita semua sebagai ummat islam memulaukan barangan dan produk yang berunsurkan zionis ini! inilah satu-satunya ikhtiar yang mampu kita sumbangkan selain daripada berdoa dan menderma ke tabung Palestin yang sedang rancak dianjurkan oleh badan-badan NGO dan kerajaan saat ini.
Walaupun tindakan ini tidaklah memberi impak yang besar namun ianya mampu meningkatkan kesedaran kita untuk bersatu memerangi pencerobohan tentera dan imigran zionis di bumi Palestin.
Salahkah perjuangan Hamas dan Hizbollah mengembalikan kedaulatan negara mereka yang dijajah? Salahkan mereka dibekalkan dengan senjata murah berbanding dengan wilayah haram 'israhell' yang mendapat bantuan peralatan peperangan yang canggih dari amerika? Dunia sekarang berada didalam kegelapan, sikap para pemimpin negara arab yang mengelilingi palestin hanya berdiam diri melihat saudara seagama dan sebangsanya rakus dijamah 'israhell' amat mengecewakan.
Namun, disebalik sikap pengecut pemimpin arab ini wujud juga tiga pemimpin yang berani berkata benar, mereka adalah Presiden Venezuela, Presiden Iran dan Presiden Turki adalah contoh pemimpin yang sejati. Amat memalukan bagi Mesir yang mempunyai hubungan diplomatik dengan 'israhell' tidak mampu menunjukkan jalan keluar kepada diplomat negara haram itu seperti yang berlaku di Venezuela sebuah negara berlainan agama dan fahaman politiknya.

Boikotlah barangan keluaran 'israhell' jika anda merasakan penderitaan rakyat Palestin.

SAVE PALESTINE! ALLAHUAKBAR!

by firrbudi @ Bdr. Sri Damansara, 7 Feb 2009

2 comments: