Galeri Petronas : GO BLOCK!

GO BLOCK!... hujung minggu yang lalu aku dan keluarga berjalan-jalan di Ampang Park. Tujuan asalnya hanya untuk 'print' gambar client aku tapi disebabkan nak jugak siap hari tu jugak maka terpaksa la menunggu 2 jam sampai gambar siap. Sofia 'time' tu dah tak leh dikawal, berlari-lari tak nak didukung langsung, aku pun turut sama mengejar kehulu kehilir, last-last teringat yang station LRT Ampang Park ni bleh je pergi ke KLCC, ok jugak 'at least' bleh bawak sofia naik LRT for the first time.
Di sepanjang perjalanan didalam LRT sofia duk diam je, maybe tengah fikir dan sedang menikmati pengalaman barunya. 'Baiknya anak papa time ni'. Oleh kerana kami memang tiada tujuan jadi satu-satunya tempat yang terfikir ialah Galeri Petronas. Kebiasaannya pameran di galeri ni memang tak pernah mengecewakan. Hasil-hasil seni yang dipamer sangat mengujakan. Kali ini pameran yang ada adalah bertemakan 'GO BLOCK'. Dari pengamatan aku idea artis-artis ni sangat 'simple' tapi amat menarik. melalui blok-blok konkrit yang di cetak mengikut abjad dan figura manusia dan disusun mengikut perspektif alami bagi aku sesuatu yang kita tak pernah fikirkan. Inilah kurniaan tuhan bagi golongan mereka ni. Bagi anda yang berpeluang dan ada masa lapang singgah-singgah lah ke sini, pasti cetusan idea mereka mampu membina dan menghairahkan minda kita. Yang penting semua ini adalah PERCUMA! hehe
*Go Block = Goblok (bermaksud 'BODOH' dalam dialek Jawa... Adakah secara kebetulan atau cetusan puitis?
by Firrbudi @ Galeri Petronas, KLCC, 08 Mac 2009

Mobile : +6019 2005256
Email : lensa_hijau@yahoo.com / dosh212@gmail.com
Personal Blog :
http://lensahijau.blogspot.com/
Fotopages :
http://lensahijau.fotopages.com/

Comments

  1. oo.. baru la aku paham mende xhibition goblok nihh... ehe

    ReplyDelete
  2. hahahah,,,,,,
    aku pom....

    balak aku dah hupdated!

    ReplyDelete
  3. salah Batu artis yg terlibat dlm pameran ni my lect.."zulkefli yusof"..prof.madya zulkifli yusof...n karya die dh trjual..national galery yg bli dgn harga rm170,000..huhu...marverlos!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

The Establishment of 'Air House' Standard in Tropical Countries : Part 2

4 Key Factors in Designing A Building in Tropical Climate

My PhD Journey (Part 1 - Experience from the past)