Aku, Atok & Opah....







Ceritanya bermula setelah bapaku meninggal dunia ketika umurku 1 tahun 4 bulan. Mak menghantar aku dan kakak tinggal menetap dikampung memandangkan mak perlu mencari rezeki di kota. Dari situ bermulalah kehidupanku bersama Atok dan Opah. Mereka menjagaku dari ketika itu hinggalah ke akhir zaman persekolahan, dan selama 16 tahun aku hidup dikampung segala kenangan suka dan duka masih segar dalam ingatan. Untuk menceritakan semuanya amatlah mustahil dan ianya tidak tergambar dengan kata-kata maupun angan-angan. Aku bertuah kerana melaluinya.
Hari itu aku pulang lagi, walaupun aku telah bekerja dan berkeluarga dan menetap di Kota, naluri dan jiwaku masih ada terus tinggal disana selagi sekeping tanah tempatku berlari itu masih disitu. Opah yang dulunya mengendong aku kehulu kehilir, ketika memasak dan berkebun sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi, mengharapkan bantuan sepenuhnya dari Atok. Atok dengan sabar menjalankan tanggungjawabnya tanpa sepatah rungutan di hamburkan, sejak opah sakit atok jarang sekali keluar dari rumah itu. Jika dulu suara azan Atok berkumandang diseluruh kampung kini semua itu seperti sukar di dengari lagi. Semuanya harus dikorbankan demi sebuah ikatan yang ikhlas. Begitulah kehidupan kedua-dua insan yang telah banyak berbudi kepadaku, Aku akan pulang lagi untuk kesekian kali, walau disatu hari tiada sesiapa lagi, aku akan pulang lagi....
by firrbudi @ Kg. Changkat Petai, Tapah Road, 21 Jun 2009
Good blog, nicely done!
ReplyDeletemenyentuh hati.....good....
ReplyDeletebravo! bravo! aku terharu...
ReplyDeletebagus..patut ko ganti atok ko azan kat kampung...
ReplyDeleteSuka sume pasal 'Atuk dan Opah'..menyentuh jiwa..
ReplyDeletecerita yang menyentuh hati. saya kenal kakak anda.kawan baik saya semasa kami sama2 belajar di uitm dulu. kakak anda walau pun marah tidak pernah meninggikan suara.mungkin sama ciri2 itu dengan atok dan nenek anda. btw nice blog.
ReplyDelete