Tanggal 31 ogos aku dilahirkan, hanya beberapa hari lagi untuk dirai. Tibanya saat itu aku telah genap berusia 2 tahun, banyak perkara telah kulalui sepanjang tempoh itu, banyak tempat telah kukunjungi dan banyak ilmu telah kupelajari. Namun, masih jauh lagi perjalanan hidupku bakal ditempuh. Aku terfikir adakah segalanya kekal begini? Pasti mustahil bukan. Segalanya pasti berubah, gaya hidup manusia juga akan berubah, persaingan akan lebih menjadi tinggi dan manusia sentiasa mahukan lebih dari sebelumnya. Lihat sahaja negara ini, arus globalisasi telah melanda, ramai yang hanyut dan lemas, sempadan hanya satu garisan sahaja, natijah dalamannya berserabut, dulu nenek moyangku hidup aman damai di negeri ini, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tiada yang tamak dan dengki, itu 52 tahun lalu, zaman telah berubah, zaman ini lain, siapa yang mahu berfikir berjaya, yang dungu ketinggalan, yang kaya semakin kaya dan yang miskin dibiar kelaparan. Aku terfikir akan nasib kita, 52 ta