Tuesday, August 25, 2009

Menjelang 31 Ogos... (Same Mistake)

Tanggal 31 ogos aku dilahirkan, hanya beberapa hari lagi untuk dirai. Tibanya saat itu aku telah genap berusia 2 tahun, banyak perkara telah kulalui sepanjang tempoh itu, banyak tempat telah kukunjungi dan banyak ilmu telah kupelajari. Namun, masih jauh lagi perjalanan hidupku bakal ditempuh. Aku terfikir adakah segalanya kekal begini? Pasti mustahil bukan. Segalanya pasti berubah, gaya hidup manusia juga akan berubah, persaingan akan lebih menjadi tinggi dan manusia sentiasa mahukan lebih dari sebelumnya.
Lihat sahaja negara ini, arus globalisasi telah melanda, ramai yang hanyut dan lemas, sempadan hanya satu garisan sahaja, natijah dalamannya berserabut, dulu nenek moyangku hidup aman damai di negeri ini, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tiada yang tamak dan dengki, itu 52 tahun lalu, zaman telah berubah, zaman ini lain, siapa yang mahu berfikir berjaya, yang dungu ketinggalan, yang kaya semakin kaya dan yang miskin dibiar kelaparan. Aku terfikir akan nasib kita, 52 tahun makan minum dijaga, tempat tinggal dipelihara, 52 tahun disuap dan dibuai, nampaknya semua itu bakal tergadai, Empayar Melaka dulu pernah mengajar, tapi kita tak mahu belajar. Salah siapalah agaknya atau memang lumrah kita memang begini? Hari ini kita dilambung-lambung, dibolak-balik, diheret-heret, dan masih belum cukup untuk menyedarkan kita. Kita pertahankan sepohon durian yang tua dan kita anggap ia akan hidup selamanya dan berbuah lebat sentiasa. Ada ke? Tak pernah sekali kita pandang sekeliling masih adakah pohon durian lain yang boleh kita sama jaga dan semai supaya tidak akan putus bekalan. Inilah yang berlaku kepada kita di negara kita ini. Semakin hari semakin lemah, dulu bersorak jauh bergema, sekarang bersuara entah kemana.
Bangkitlah, bersatulah. Atok moyang kita berjuang untuk memerdekakan negara ini, jangan biarkan darah dan keringat mereka sia-sia. Mari kita satukan rentak, nada dan suara kita, Dan kita pekikkan ke telinga-telinga mereka bahawa bumi ini milik kita.
Same Mistake - James Blunt
Saw the world turning in my sheets
And once again,
I cannot sleep
Walk out the door and up the street
Look at the stars beneath my feet
Remember rights that I did wrong
So here I go
Hello, hello
There is no place I cannot go
My mind is muddy but
My heart is heavy, does it show?
I lose the track that loses me
So here I go
Uhuh, uhuh, uhuh
And so I sent some men to fight
And one came back at dead of night
Said, he'd seen my enemy
Said, he looked just like me
So I set out to cut myself
And here I go
Uhuh, uhuh, uhuh
I'm not calling for a second chance
I'm screaming at the top of my voice
Give me reason but don't give me choice
'Cause I'll just make the same mistake again
Uhuh
And maybe, someday we will meet
And maybe, talk and not just speak
Don't buy the promises
'Cause there are no promises I keep
And my reflection troubles me
So here I go
Uhuh, uhuh, uhuh
c/0
I'm not calling for a second chance
I'm screaming at the top of my voice
Give me reason but don't give me choice
'Cause I'll just make the same mistake again
(repeat c/o)
Uhuh, uhuh, uhuh
Uhuh, Saw the world turning in my sheets
Uhuh, And once again, I cannot sleep
Uhuh, Walk out the door and up the street
Uhuh, Look at the stars
Uhuh, Look at the stars fall down
Uhuh, And wonder where
Uhuh, Did I go wrong?
©EMI MUSIC PUB. LTD.
Lyrics delivered by lyricsfly.com
by firrbudi @ Maju Tower, 26 Ogos 2009

3 comments:

  1. balak...nukilan yg cukup besh...penuh pengertian..aku tabik kat ko laa bro...pe pn aku menyokong perjuangan ko..aku ada kat blakang...i followwwwwww

    ReplyDelete
  2. apa kaitan lagu ni dgn 31 ogos???...tajuk:Menjelang 31 ogos - same mistake >>> agak kurang menyenangkan...

    ReplyDelete
  3. betulkah kita benar2 merdeka..? lebih tidak menyenangkan... hipokrit...

    ReplyDelete