Tuesday, September 29, 2009

Al- Fatihah...

Tanggal 26 September 2009 bersamaan hari raya ke-7, opah pergi meninggalkan kami setelah lebih setahun terlantar uzur. Dan di sepanjang bulan ramadhan ini opah menghabiskan masa di hospital, sambil ditemani mak dan atok bergilir-gilir. Aku sempat menziarahi opah beberapa hari sebelum beliau pergi buat selamanya. Hari itu jam 1 tengahari, aku mulakan langkah untuk berangkat ke kota, walau terasa berat meninggalkan opah namun naluriku berkata masih ada masa, ku hadiahkan bacaan surah yaasin untuk opah agar diringankan ujian tuhan lalu aku bisikkan ke telinganya, "Pah, nanti kita jumpa lagi ye". Opah tidak mampu berkata tapi jelas anak matanya memandangku, dan pandangan itu adalah yang terakhir dari opah. Jam 410 petang opah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku yang di ketika itu telah menyusuri persimpangan Sg. Buloh berpatah kembali ke kampung. Setibanya aku di kampung jam 6 petang, van jenazah opah pun tiba dari hospital. Kami bertemu lagi, namun kali ini aku hanya mampu menyambut sebujur tubuh yang kaku. Baru itu aku tersedar bahawa opah telah benar-benar tiada...

Aku dibesarkan didalam pangkuannya seawal umurku 1 tahun 4 bulan hinggalah menjangkau keusiaku yang ke 17 tahun. Bermakna celik mataku, dan ingatan pertamaku adalah bersama opah dan atok. Mereka berdua sebagai ganti kasih ibu dan bapaku. Setelah bapaku meninggal dunia pada 1981, mak menghantar aku dan kakak menetap dikampung kerana mak perlu mencari rezeki di kota. Bermula dari itulah opah dan atok berada disisi kami, menjaga kami siang dan malam, sakit dan demam, menghantar kami kesekolah dan mengasuh kami sehingga dewasa. Begitu besar kasih sayang opah dan atok, begitu besar jasa mereka terhadap kami yang tak mungkin dilupa dan tak terbanding dengan apa-apa untuk dibalas...

Pemergian opah adalah satu peristiwa yang sangat besar dalam hidupku, aku masih terbayang kelibatnya dirumah usang itu. Opah sangat berdedikasi, menjaga kebersihan rumah dan menjaga amal ibadatnya, bangun seawal 4 pagi setiap hari untuk memulakan rutin harian adalah perkara biasa di rumah itu. Dikeheningan pagi itu opah akan membasuh baju kami semua, selalunya tempoh membasuh opah agak lama selain memberus opah akan membilas 3-4 kali baju agar benar-benar bersih, selesai mandi opah akan bersembahyang subuh dan selesai saja bersolat opah pasti menjerit memanggil namaku, "Apis, bangun subuh", saat itulah setiap hari aku mula bangun dan bersiap ke sekolah. Percaya atau tidak panggilan itu masih dilaungkan opah walaupun aku sudah berumahtangga. Itulah opah, itulah rutin hidup ku sepanjang hidup selama 16 tahun bersama opah. Rutin opah kemudian bermula kembali dengan menyapu ke seluruh rumah, selesai menyapu opah akan menyidai kain di ampaian dan sebelum kesekolah aku dan kakak akan makan dahulu dengan sarapan ruji kami sejak kecil telur goreng, nasi dan kicap berserta dengan air milo segelas. Seperti biasa duit belanja 30 sen dan air milo sebagai bekalan telah siap diatas meja untuk kami bawa kesekolah...

Setiap malam 1 ramadhan opah akan memanggil kami kebiliknya dan tersedia doa berpuasa sebulan untuk dibaca, satu persatu perkataan itu dibacanya diikuti kami sehingga selesai, "lepas ni kalau lupa pun takpa" katanya. Dan setiap malam 1 syawal pula opah akan memakaikan barang kemas kepada kakak. Opah akan ikat kuat-kuat penyambung barang kemas itu agar tidak putus dan hilang. Menjelang hari raya opah lah insan yang paling sibuk, persiapan raya seperti langsir dan kuih muih akan disediakan sebelum menjelang hari raya, yang pasti kuih bahulu, loyang dan kerepek pisang adalah kegemarannya dan langsir bertema kekuningan sentiasa menghiasi ruangan rumah setiap tahun. Setiap kali menjelang hari persiapan raya itulah hari yang paling menggembirakan buat aku...

Opah, segala pengorbananmu tak mungkin dilupa. Opah telah membentuk peribadi aku zahir dan batin dengan sempurna, pesanan terakhirnya "Jangan sesekali tinggalkan sembahyang", akan ku pegang dan diperturunkan ke anak cucu. Terima kasih opah kerana membesarkan kami, semangat dan kasihmu tetap bersama kami. Semoga opah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan para muslimin muslimat yang soleh. Kita pasti bertemu lagi, hanya tuhan sahaja yang menentukan...

Suasana tanah tumpah darahku ini tetap sama, walau hanya tinggal atok namun kenangan-kenangan opah dirumah ini tetap ada tinggal segar dalam lipatan sejarah hidupku. Beliaulah penyelamat masa kecilku, ditangan kedua mereka inilah tempat aku berlindung, dipangkuan mereka inilah tempatku menangis dan dikehangatan tubuh merekalah aku menumpang kasih sayang ibu bapa. Untuk anak-anak dan waris-waris semua sayangilah ibu bapa diwaktu mereka bernyawa, dan balaslah budi mereka disaat mereka boleh merasa. Kerana kita manusia tidakkan tahu takdir tuhan, kerana itu jangan mudah lupa...
Al-Fatihah buat "Hindun bt. Ahmad" yang pulang kerahmatullah pada 26 september 2009 yang lalu. Amin...
by firrbudi @ Kg. Changkat Petai, Tapah Road, Perak : 28hb Sept. 2009

Tuesday, September 15, 2009

Buat Muslimin & Muslimat...

Anak,
Sekali lagi raya menjelma,
Datang menyapa sang pemuasa,
Datang mungkin untuk yang terakhir,
Tiada siapa yang tahu,
Anak,
Pulanglah,
Mungkin hari raya ini yang terakhir,
Mungkin bagi kita atau orang tua,
Kerana kita semua hamba,
Tak mungkin tahu takdir Tuhan,
Kerana kita hamba,
Hidup dan mati ketentuan Tuhan,
Anak,
Jangan kesibukan jadi alasan,
Jangan kesempitan jadi halangan,
Kerana kasih ibu tiada batasan,
Kerana kasih ayah penuh dugaan,
Anak,
Berbakti biar masih ada,
Berjasa biar boleh merasa,
Terbalaskah jasa mereka?
Terjawabkah keringat mereka?
Anak,
Adili diri,
Terlangsaikah tanggungjawabmu,
Eratkah kasih sayangmu,
Terkucupkah pipi orang tuamu,
Anak,
Emas itu tidak bernilai,
Wang itu tidak kaya,
Cantik itu tidak sempurna,
Tiada yang boleh dibangga,
Bila roh dan jasad terpisah,
Anak,
Berilah kasih sayang,
Berilah belaian,
Berilah doa dan munajatmu,
Kerna tiada siapa tahu bila dan bila izrael kan menjelma.

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin... Berhati-hati Di Jalanraya...

by firrbudi @ Maju Tower, 16 September 2009

Zulhilmi & Diana


by firrbudi @ Tmn. Tasik Titiwangsa, KL

Friday, September 11, 2009

Selamat Hari Raya...

Selamat Hari Raya Kepada Muslimin & Muslimat Semua...

by firrbudi @ Bdr. Sri Damansara, 12 September 2009

Sunday, September 6, 2009

Kekuatan 'Ramadhan'...

Sebelum kita salahkan pencetus-pencetus pertelingkahan ini, mari kita fikirkan sebab musabab berlakunya bantahan sedemikian rupa.
1) Dimana letaknya Ladang Ternakan Babi?
Kenapa cina tak mahu terima kedudukan kandang babi ini dikawasan mereka? kerana kekotoran dan pencemaran yang sangat teruk. Mereka makan daging kita makan najis. Salah Melayu tak bersatukah atau salah pemimpin? Isu kepala lembu diarak dibesar-besarkan, namun tidakkah anda fikirkan berapa kalikah kepala babi digantung? tiada siapa pun dari wakil mereka memohon maaf. Inilah sikap 'kiasu' sebenarnya.
2) Dimana letaknya Kuil Hindu?
Mengikut statistik yang didedahkan sendiri oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Utusan Malaysia 06 September 2009 yang lalu, Jumlah rumah ibadat agama lain adalah 3 kali ganda dari jumlah masjid dan surau. Ianya boleh dijelaskan begini, jumlah penduduk di Negeri Selangor ialah 4.8 juta. Umat Islam 2.8 juta (239 masjid & 959 surau), Cina berjumlah 1.4 juta (1019 tokong), India berjumlah 0.6 juta (lebih kurang 1000 kuil yang berdaftar, yang tak berdaftar berapa pulak?). Adakah tokong-tokong dan kuil-kuil ini cukup bagi jumlah mereka? Jawapannya lebih dari cukup. Dan adakah rumah-rumah ibadat ini penuh sesak dan digunakan setiap hari? Jawapannya tidak juga. Jadi adilkah bagi kita? Beginilah sikap bangsa-bangsa 'kiasu' ini. Orang Melayu juga yang berkorban. Sangat besar pengorbanan Orang Melayu dalam memberi ruang kehidupan bagi kaum lain. Tapi masih mereka mendakwa dipinggirkan. Ini belum diceritakan lagi soal mengenai sekolah-sekolah aliran cina dan tamil dan juga akhbar-akhbar cina, terutama 'China Press' yang sangat 'racism'. Kenapa 'china' bukan 'cina', dimanakah kiblat mereka?
Suara-suara sumbang ini, yang mempertikaikan hak-hak Orang Melayu di bumi ini mula kedengaran beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana apa? kerana berlakunya perpecahan dikalangan Orang Melayu. Kita perlu bersatu kerana senarionya di Malaysia sekarang adalah begini. Mereka hidup didalam dunia 'China' mereka sendiri, setelah 52 tahun merdeka untuk berbahasa Melayu pun masih tidak fasih, sangat mengecewakan. Dan kemudian mereka mempersoalkan mengapa orang cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak? Mereka membandingkan situasi di Thailand dimana bangsa cina diterima oleh rakyat thai sebagai Perdana Menteri seperti Abhisit Vejjajiva dan Thaksin Shinawatra. Jawapannya mudah, kerana cina di Thailand lebih siam dari siam itu sendiri. Bukan saja nama malah bahasa thai nya juga sudah sebati dalam diri. Adakah keadaannya sama di Malaysia?
Untuk Orang Melayu, fikir-fikirkanlah. Hanya 'bersatu' dapat menutup mulut-mulut durja mereka. Jadi, ada sebab mengapa Orang Melayu bertindak, telah sekian lama kita bersabar dan bertolak ansur, tapi bukan untuk tempoh ini. Pemimpin-pemimpin Melayu & Islam perlu berfikir, jangan menggadai bangsa dan agama.
Kekuatan 'Ramadhan' ini harus mengajar kita. Penulis sangat memandang tinggi peribadi Orang Melayu di bulan 'ramadhan', dibulan ini saya sedar Orang Melayu boleh bersatu, di bulan ini semua bangsa yang berpuasa mahupun tidak secara tidak langsung akan merasai impak ramadhan, jalan-jalan penuh sesak setiap kali menjelang berbuka puasa, pasar-pasar ramadhan tumbuh bak cendawan di setiap pelosok tanahair tidak kira dikawasan melayu, cina atau india, masjid-masjid juga bercahaya dikunjungi muslimin muslimat sehingga melimpah ruah kenderaan dibahu jalan, ayat-ayat suci kitab Al-Quran berkumandang dari waktu maghrib hinggalah hampir ketengah malam, dan tiada pula suara yang memprotes! kerana mereka tahu di bulan ini ummat islam bersatu, fikirlah dua kali untuk memprotes, kesannya tidak sama seperti hari-hari biasa. Disini kita dapat lihat kekuatan apabila kita bersatu. Alangkah baiknya suasana ramadhan ini berpanjangan.
(Sebahagian karangan ini diolah dari penulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah - 6 Sept 09')
by firrbudi @ Bdr. Sri Damansara, 07 Sept 09

Wednesday, September 2, 2009