Sunday, September 6, 2009

Kekuatan 'Ramadhan'...

Sebelum kita salahkan pencetus-pencetus pertelingkahan ini, mari kita fikirkan sebab musabab berlakunya bantahan sedemikian rupa.
1) Dimana letaknya Ladang Ternakan Babi?
Kenapa cina tak mahu terima kedudukan kandang babi ini dikawasan mereka? kerana kekotoran dan pencemaran yang sangat teruk. Mereka makan daging kita makan najis. Salah Melayu tak bersatukah atau salah pemimpin? Isu kepala lembu diarak dibesar-besarkan, namun tidakkah anda fikirkan berapa kalikah kepala babi digantung? tiada siapa pun dari wakil mereka memohon maaf. Inilah sikap 'kiasu' sebenarnya.
2) Dimana letaknya Kuil Hindu?
Mengikut statistik yang didedahkan sendiri oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Utusan Malaysia 06 September 2009 yang lalu, Jumlah rumah ibadat agama lain adalah 3 kali ganda dari jumlah masjid dan surau. Ianya boleh dijelaskan begini, jumlah penduduk di Negeri Selangor ialah 4.8 juta. Umat Islam 2.8 juta (239 masjid & 959 surau), Cina berjumlah 1.4 juta (1019 tokong), India berjumlah 0.6 juta (lebih kurang 1000 kuil yang berdaftar, yang tak berdaftar berapa pulak?). Adakah tokong-tokong dan kuil-kuil ini cukup bagi jumlah mereka? Jawapannya lebih dari cukup. Dan adakah rumah-rumah ibadat ini penuh sesak dan digunakan setiap hari? Jawapannya tidak juga. Jadi adilkah bagi kita? Beginilah sikap bangsa-bangsa 'kiasu' ini. Orang Melayu juga yang berkorban. Sangat besar pengorbanan Orang Melayu dalam memberi ruang kehidupan bagi kaum lain. Tapi masih mereka mendakwa dipinggirkan. Ini belum diceritakan lagi soal mengenai sekolah-sekolah aliran cina dan tamil dan juga akhbar-akhbar cina, terutama 'China Press' yang sangat 'racism'. Kenapa 'china' bukan 'cina', dimanakah kiblat mereka?
Suara-suara sumbang ini, yang mempertikaikan hak-hak Orang Melayu di bumi ini mula kedengaran beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana apa? kerana berlakunya perpecahan dikalangan Orang Melayu. Kita perlu bersatu kerana senarionya di Malaysia sekarang adalah begini. Mereka hidup didalam dunia 'China' mereka sendiri, setelah 52 tahun merdeka untuk berbahasa Melayu pun masih tidak fasih, sangat mengecewakan. Dan kemudian mereka mempersoalkan mengapa orang cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak? Mereka membandingkan situasi di Thailand dimana bangsa cina diterima oleh rakyat thai sebagai Perdana Menteri seperti Abhisit Vejjajiva dan Thaksin Shinawatra. Jawapannya mudah, kerana cina di Thailand lebih siam dari siam itu sendiri. Bukan saja nama malah bahasa thai nya juga sudah sebati dalam diri. Adakah keadaannya sama di Malaysia?
Untuk Orang Melayu, fikir-fikirkanlah. Hanya 'bersatu' dapat menutup mulut-mulut durja mereka. Jadi, ada sebab mengapa Orang Melayu bertindak, telah sekian lama kita bersabar dan bertolak ansur, tapi bukan untuk tempoh ini. Pemimpin-pemimpin Melayu & Islam perlu berfikir, jangan menggadai bangsa dan agama.
Kekuatan 'Ramadhan' ini harus mengajar kita. Penulis sangat memandang tinggi peribadi Orang Melayu di bulan 'ramadhan', dibulan ini saya sedar Orang Melayu boleh bersatu, di bulan ini semua bangsa yang berpuasa mahupun tidak secara tidak langsung akan merasai impak ramadhan, jalan-jalan penuh sesak setiap kali menjelang berbuka puasa, pasar-pasar ramadhan tumbuh bak cendawan di setiap pelosok tanahair tidak kira dikawasan melayu, cina atau india, masjid-masjid juga bercahaya dikunjungi muslimin muslimat sehingga melimpah ruah kenderaan dibahu jalan, ayat-ayat suci kitab Al-Quran berkumandang dari waktu maghrib hinggalah hampir ketengah malam, dan tiada pula suara yang memprotes! kerana mereka tahu di bulan ini ummat islam bersatu, fikirlah dua kali untuk memprotes, kesannya tidak sama seperti hari-hari biasa. Disini kita dapat lihat kekuatan apabila kita bersatu. Alangkah baiknya suasana ramadhan ini berpanjangan.
(Sebahagian karangan ini diolah dari penulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah - 6 Sept 09')
by firrbudi @ Bdr. Sri Damansara, 07 Sept 09

4 comments:

  1. salahkan diri sendiri dan bangsa Melayu yg tidak menggambarkan betapa mulianya ISLAM,betapa cantiknya ISLAM,betapa agongnya agama ALLAH ini.Berapa ramai org Melayu sndri menjadikan ISLAM sbg panduan &pegangan dlm hidup seharian.Zaman serba moden ini kita lebih nampak budaya Melayu lbih kpd budaya moden & barat yg mengikut peredaran zaman.sehinggakan bangsa asing tersalah anggap Melayu satu agama ttp bukan ISLAM.letaklah ISLAM sbg tiang paling utama dlm hidup kita agar org asing benar2 faham dan hormat pada kita.Hanya ISLAM yg dpt menyatukan kita,AL QURAN dijadikan panduan... gambaran yg paling tepat di sini adalah MELAYU TAK SEMESTINYA ISLAM ,ISLAM TAK SEMESTINYA MELAYU...ORG SEPERTI SAUDARA RIDHUAN TEE,USTZ FARID RAVI LEBIH BAIK DARI ORG MELAYU YG MENGAKU ISLAM, JADI BALIKLAH KPD ISLAM TUNJUKLAH BETAPA MULIANYA ISLAM ITU SNDRI AGAR BANGSA ASING BENAR MENGHORMATI KITA

    ReplyDelete
  2. Hamba Allah: Bukan pada bangsa melayu sahaja yang tidak berpegang pada ajaran islam, jika kita kaji bangsa Arab iaitu bangsa yang pertama menerima islam pun masih ramai yang lupa ajaran islam, bagi penulis segelintir bangsa melayu sahaja yang begitu, buangkan sikap mengecilkan bangsa sendiri kerana sikap itu tidak memajukan kita. Di Malaysia cthnya, Orang Melayu adalah tonggak dalam masyarakat islam. Jika Melayu tidak kuat, maka relevannya 'islam' pun begitu.

    ReplyDelete
  3. Wah...minat berpolitik nampak...di sini kita melihat apabila nasib bangsa kita semakin terancam maka perpaduan adalah jalan penyelesaian..InsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete