Wednesday, October 14, 2009

Mangrove Tour @ Pulau Langkawi

Kali ini kami sekeluarga menjelajah ke Pulau Langkawi yang terkenal dengan keindahan 99 buah pulau-pulau disekitarnya, namun untuk trip ini kami menjelajah ke suatu daerah berpaya yang bagi aku satu pengalaman yang lain dari yang lain, telahan kami benar keindahan paya bakau di Langkawi amat mempesonakan, kami bermula dari Jeti Kilim yang terletak di utara pulau ini dan menjelajah ke segenap inci persisiran hutan paya bakau ini, menjelajahi ke 'gua buaya' dan 'gua kelawar' juga sesuatu yang sangat menarik, kemudian kami berhenti berehat di 'fish farm' yang terletak terapung ditengah-tengah laluan paya bakau ini untuk melihat keunikan ikan-ikan yang ada disekitar pulau Langkawi, dalam keadaan hujan lebat dan angin yang sangat dingin suasana paya bakau lebih terserlah dan memahat ingatan kami satu penjelajahan yang berbeza dan mempesona.
by firrbudi @ Langkawi : 11 - 13 Oktober 2009

4 comments:

  1. bang semart2 la pic tu
    bila la nak jd pandai mcm ni kan
    bila amik gamba je mesti xsharp
    pastu kuning je pic

    ReplyDelete
  2. cun wooo tempat nie...aku dlu pnah gak pegi..tapi time 2 x der kamera..pinjam kamera org cap ayam je...hehhehheehhehehhe

    ReplyDelete
  3. Best-best!
    Langkawi memang best!

    ReplyDelete