Finally...

Blok Akademik UiTM Sabah, Kampus Kota Kinabalu, (September 2006 - July 2009)
Aku memulakan kerjaya di JKR pada 2005 dengan merekabentuk bangunan ini, ketika itu aku masih lagi 'freshie' baru je grad tahun 2004, pengalaman pula sangat lah cetek, untuk menyelia projek sebesar ini ketika itu amat berat sekali. Aku bernasib baik kerana bekerja bersama pekerja-pekerja JKR yang sangat komited dan berwibawa, terus-terang kukatakan rata-rata kakitangan JKR adalah 100% kali lebih baik darisegi penghasilan lukisan dan pengurusan sesuatu projek berbanding firma arkitek diluar. Mungkin selama ini ramai yang merendah-rendahkan martabat pekerja JKR, sikap-sikap negatif sering ditujukan kepada mereka. Bagi aku dimana saja tidak kira di sektor awam atau swasta pasti ada yang cacatnya, takkan pisang sesikat elok semuanya, tetapi realitinya aku amat bangga berada disini. Bekerja di sini lebih memberi peluang bagi aku untuk belajar dalam bidang pengurusan sesuatu projek dari awal hingga akhir yang kebanyakkannya tidak mudah diperolehi apabila bekerja di firma swasta.
by firrbudi @ Kota Kinabalu, Sabah : 24 July 2009

Comments

  1. hoit!!..... gambar kafe takder ker? ker huduh blok tu...?? ahaksss.....

    tahniah.... tahniah kat URSB2, CKP (nama lama).... akhirnya siap gak....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

The Establishment of 'Air House' Standard in Tropical Countries : Part 2

4 Key Factors in Designing A Building in Tropical Climate

My PhD Journey (Part 1 - Experience from the past)