Harimau MALAYA III


Pasukan Kebangsaan @ Harimau Malaya

Gelaran : Harimau Malaya (ﺣﺎرﻳﻣﺎو ﻣﺎﻟﺎﻳﺎ)
Pertubuhan : Persatuan Bola Sepak Malaysia
Konfederasi : AFC (Asia)
Jurulatih : K. Rajagopal
Kapten : Shukor Adan (2007-sekarang)
Penampilan terbanyak : Soh Chin Aun (252)
Penjaring terbanyak : Mokhtar Dahari (125)
Stadium : Stadium Nasional, Bukit Jalil
Kod FIFA : MAS
Ranking FIFA : 159
Ranking tertinggi FIFA : 75 (Ogos 1993)
Ranking terendah FIFA : 170 (April 2008)

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia. Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980. Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat dan sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Kebanyakan peminat mengatakan rasuah yang melanda bola sepak Malaysia merupakan salah satu sebab mengapa Malaysia gagal kembali ke era kegemilangannya pada 1970-an sehinggalah penghujung 1980-an.
by firrbudi @ Maju Tower : 10 November 2009

Comments

  1. harap budak2 harimau muda boleh naikkan balik bola malaysia...tak naik tinggi pun atleast, layak ke piala asia atau sukan olimpik dulu...pastu baru boleh citer panjang...kalau ikut kepala hotak org politik nak ke world cup terus...diaorg tu bingai tak tau pape pasal seni bola sepak. yang dikejar sponsor ngan duit pelaburan...Hobin jang hobin (menyelit sket)...ekekkee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

The Establishment of 'Air House' Standard in Tropical Countries : Part 2

4 Key Factors in Designing A Building in Tropical Climate

My PhD Journey (Part 1 - Experience from the past)