Kekuatan Islam Mujahid...

Memang benar masyarakat islam di dunia sangat ketinggalan. Itu tidak dinafikan. Memang benar orang melayu pun agak ketinggalan juga. Itu memang benar. Tapi sedarkah kamu apa yang ditunjukkan oleh orang-orang islam minoriti terhadap kuasa-kuasa yang menindas mereka? Kita senaraikan satu persatu disini; Kaum Xinjiang vs China, Kashmir vs India, Moro vs Filipina, Melayu Selatan Thai vs Thailand, Afghan vs Soviet, US & EU, Chechen vs Rusia, Iraqi vs US & EU dan Palestin vs Israel. Disini kekuatan kaum yang ditindas. Pernahkah anda terdengar perkataan 'undur diri atau menyerah kalah'? Pernahkan?

Menangkah kuasa2 besar seperti Amerika, China, India Atau Rusia keatas mereka. Ya menang liputan palsu, yang pasti nyawa tentera2 mereka masih diratah satu persatu. Sejarah perjuangan islam adalah sangat hebat walau bukan di zaman kehebatannya seperti dizaman Salahuddin Al-Ayubi. Itu dilakukan oleh kaum minoriti di negara tersebut kecuali afghanistan dan Iraq yang 99% adalah beragama islam.

Berbalik kepada negara kita Malaysia tercinta ini, adakah perkara tersebut boleh berlaku? Jawapannya 'boleh' apabila islam yang sangat bertoleransi ini ditindas. Dan kali ini diperjuangkan oleh umat islam yang majoritinya adalah melayu di alam nusantara (Malay Archipelago). Orang islam sangat prihatin akan nasib saudara seagamanya. Dan tidak mustahil rakan karib masyarakat islam Malaysia seperti Indonesia, Moro, Melayu Selatan Thai akan turut membantu. Apa akan jadi selepas itu? Wallahualam. Fikir-fikirkanlah.

Yang pasti tiada lagi parti DAP atau parti-parti yang terang-terangan menolak islam wujud di bumi melayu islam ini. Kekayaan harta benda yang dikumpul mereka juga bakal tergadai, malah mungkin akan berlaku penghijrahan besar-besaran ketanah besar. Saya bukan nak menakut-nakutkan. Tetapi sebelum bermimpi tengok-tengoklah sekeliling. Orang Melayu boleh dibeli, tanah harta semua boleh digadai tapi bukan agama yang telah mereka anuti beratus-ratus tahun lalu.

Di zaman ekstremis islam di canang oleh kuasa barat, mereka seolah-olah memanggil kembali pejuang-pejuang islam yang telah lama tidur untuk bangkit. Adakah rangkaian gangster atau kongsi gelap di Malaysia ini mampu menangkis pejuang-pejuang mujahidin ini? Jawapannya lihat saja pada kaum minoriti islam yang saya senaraikan diatas. Jika minoriti sebegitu mampu bertahan dengan hanya senjata kuno melawan tentera maha gah dengan peralatan canggih, secara logik akalnya kaum majoriti yang akan bangun ini akan terus meletakkan negara ini menjadi negara islam tulen. InsyaAllah. Jadi nasihat saya berpada-pada berpolitik, ini tanah melayu, hormatlah tuan empunya tanah. Jangan dikejut harimau yang sedang tidur. Kerana nanti tidur anda semua belum tentu dimana tempatnya.

by Firrbudi @ Maju Tower : 01 Ramadhan

Comments

Popular posts from this blog

The Establishment of 'Air House' Standard in Tropical Countries : Part 2

4 Key Factors in Designing A Building in Tropical Climate

My PhD Journey (Part 1 - Experience from the past)