Puasa & Kekuatannya...

Salam para muslimin & muslimat,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua, tidak kira islam atau tidak kerana bulan ini seluruh rakyat Malaysia akan terkena tempiasnya, terutamanya kesesakan lalu lintas menjelang berbuka puasa dan ketika musim balik kampung nanti.

Apa yang ingin saya ketengahkan kali ini adalah, mengenai kekuatan bulan ramadhan al mubarak. Kekuatan islam dan masyarakat islam di Malaysia menghuru-harakan negara ini dalam sebulan dibulan ramadhan. Huru-hara yang saya maksudkan adalah tumbuhnya pasar-pasar ramadhan bak cendawan selepas hujan, penuhnya deretan kereta serta motosikal parking di sepanjang jalan di masjid-masjid atau di surau-surau walau dimana saja, sedarkah kita semua akan kekuatan ini? Jika kita bersatu dan melakukan sesuatu secara bersama dan menyeluroh, semua kaum pasti akan mengikut telunjuk kita.

Sedar atau tidak semua orang mengucapkan selamat berpuasa tidak kira dia berbangsa apa atau beragama apapun. Di televisyen, kedai-kedai, papan-papan iklan, siaran-siaran radio pasti akan mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berhari raya. Masjid-masjid akan berkumandang ayat-ayat suci al-quran sepanjang malam di bulan ramadhan. Malah di kawasan-kawasan yang turut didiami oleh masyarakat selain islam. Setahu yang saya sedari tiada kata-kata atau sindiran-sindiran secara terbuka dilemparkan, mungkin secara diam-diam masih ada, tapi beranikah mereka berteriak secara terbuka di bulan ramadhan ini? MasyaAllah amat malang bagi sesiapa yang berbuat demikian, tidak kira bangsa tidak kira betapa hebatnya dia di arena politik pasti akan menerima kesan yang mendalam.

Kuatkan bangsa Melayu Islam di bulan Ramadhan? Kenapa dibulan ramadhan sahaja. Kenapa kita tidak bersatu dalam membuat sesuatu perkara seperti cth sekolah satu aliran, isu bahasa kebangsaan dan agama islam. Sedarlah bangsaku, kita boleh jadi kuat seperti di bulan ramadhan jika kita bersatu dalam menentukan dasar negara ini. Banyak yang boleh kita contohi di bulan ramadhan. Jadi sedarkah kita bahawa seiring kearah ajaran agama sahaja yang mampu menyatukan ummat melayu. Lihat di pasar2 ramadhan bukan sahaja melayu malah semua bangsa sama2 merasa juadah berbuka puasa, melekatkan poster hari raya dsb.

Jadi saudara2ku, kuatkan persaudaraan kita bantulah masyarakat dan peniaga melayu kita. Biarlah kita rugi sedikit asalkan duit kita mengalir diantara umat islam yang mengucap dua kalimah shahadah tidak kira bangsa maupun warna kulit.
by Firrbudi @ Maju Junction : 01 Ramadhan

Comments

Popular posts from this blog

The Establishment of 'Air House' Standard in Tropical Countries : Part 2

4 Key Factors in Designing A Building in Tropical Climate

My PhD Journey (Part 1 - Experience from the past)