2010 : Thank You Allah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya dan pelbagai peristiwa telah aku lalui baik manis dan pahit. Diantara perkara paling manis yang aku lalui pada tahun ini adalah kelahiran anak ke-2 dalam hidup kami. Seorang budak lelaki yang sangat comel, dialah anatara rezeki terunggul yang dikurniakan tuhan kepada kami pada tahun 2010 ini. Dialah pemberi semangat kepada aku ketika aku diberi ujian yang sangat getir. Kelahirannya pada 16 Mei 2010 menjadi permulaan kepada tahun yang menceriakan kehidupan kami sekeluarga.

Pada tahun 2010 ini juga aku berazam untuk menyambung pelajaran aku ke peringkat sarjana atas skim HLP 2011 tajaan JPA. Aku berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri sesuatu yang bagi aku sangat mustahil untuk dilaksanakan memandangkan kebolehan bahasa inggerisku yang amat terhad. Namun aku bulatkan tekad dan aku percaya tiada yang mustahil selagi kita berusaha. Aku mengambil peperiksaan IELTS kali pertama sebagai syarat permohonan yang memerlukan 'band 6.5' atau 'TOEFL ibt 88' sekurang-kurangnya untuk layak memohon. Untuk itu aku berusaha meningkatkan kebolehanku dengan membuat latihan-latihan yang sangat 'basic'. Kiranya aku bermula dari tahap rendah kerana aku tahu dimana tempatku berpijak. Niat yang ikhlas untuk memajukan diri tidak untuk berpura-pura dan merasa diri ini sempurna kerana perasaan sebegini yang bakal merosakkan jiwa dan harus kita buang jauh-jauh. Yang pasti aku tahu dimana hala tujuku, selepas itu takdir tuhan yang menentukannya.

Untuk percubaan itu aku berjaya memperolehi 'band 6.0' sahaja, oleh kerana perbelanjaan untuk menduduki peperiksaan ini sangat mahal aku tekad untuk membuat permohonan hanya berbekalkan keputusan yang ada. Jika berjaya aku berjanji akan berusaha lagi. alhamdulillah 2 September yang lalu aku dikurniakan tawaran sementara HLP 2011 untuk ke luar negara. Tetapi dengan syarat perlu melepasi had kelayakan '6.5' selewat-lewatnya 31 Disember 2010. Tanpa berlengah aku menelaah semula dan mencuba nasib sekali lagi, itulah janji yang telah aku semat dalam diri untuk terus berjuang hingga keakhir.

Dipendekkan cerita pada tanggal 30 Disember 2010 aku berjaya mendapatkan 'band 6.5' selepas mencuba 2 kali dalam IELTS. Inilah keputusan yang diperolehi walau hanya melepasi had minima namun aku puas kerana ianya 100% dari usaha aku sendiri. Walaupun banyak lagi rintangan yang telah aku tempuhi biarlah ianya menjadi sejarah dan kenangan diantara aku dan mereka-mereka yang secara langsung bersama aku menempuhnya.
Thank You Allah kerana memenuhi permintaan hambamu yang serba kekurangan ini. Tekad dan kentalkanlah jiwaku untuk menghadapi dugaan dan cabaran mendatang kelak. Tahun 2010 telah aku lalui dengan penuh pancaroba semoga 2011 aku dibekalkan azam dan kekuatan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. InsyaAllah and thank you Allah.

by firrbudi @ Bangi : 30th December 2010

Comments

  1. Balak...teruskan usaha murni dan keep on fighting!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

The Establishment of 'Air House' Standard in Tropical Countries : Part 2

4 Key Factors in Designing A Building in Tropical Climate

My PhD Journey (Part 1 - Experience from the past)