Wednesday, November 12, 2014

JAM 'PUSAKA' AYAH : Vintage Citizen Chronograph Watch (67-9577)


Beberapa hari lepas terlihat satu iklan di Mudah.my, sebuah jam yang sama jenis seperti yang aku miliki. Ianya dijual dengan harga RM750 (boleh tahan jugak). Maka kisahnya aku memiliki seutas jam yang sama malah lebih lama usianya iaitu sekitar 42 tahun pada tahun ini. Jam itu adalah jam pusaka Arwah Ayah... Citizen Chronograph Automatic 67-9577, single sub-dial, siri 900054-Y (ada 3 siri semuanya), keluaran pertama Sep. 1972 (siri 900054-Y), keluaran terakhir 1977 (siri 900071-Y). Jam ini suatu ketika dahulu adalah barang permainan aku, telah melalui kerosakan yang teruk dan tidak lagi berfungsi. Sehinggalah pada tahun 2004, dengan hasil gaji pertama bekerja, jam ini telah dihantar untuk dibaik pulih disebuah kedai jam lama di Ampang Park. Sehingga hari ini ia masih berfungsi dan kadang kala masih digunakan. Moral of the story, simpan la barang-barang lama kepunyaan mak, ayah, datuk, nenek; kerana suatu ketika nanti ianya amat berharga. Jika bukan untuk dijual simpan untuk kenangan anak cucu pula. Chiow!

Main Photo by Firrbudi aka Lensahijau

No comments:

Post a Comment