Proses Pembinaan 'Mahligai Ummi' @ Sijangkang (Bahagian 2)


Diatas adalah merupakan pelan asal rumah ibu. Pelan ini direka oleh tukang kayu yang diupah oleh arwah bapa tiri penulis pada tahun 1998 dahulu. 3 buah bilik disusun selari dengan bilik air dan tandas berasingan. Ruang tamu yang sangat luas dan ruang makan ditengah-tengah. Dapur adalah sangat kecil dan tidak selesa akibat pengudaraan yang tidak sempurna. Lihat sahaja jumlah tingkap yang disediakan, amat kurang dan tidak mencukupi. Berikut adalah diantara masalah susunan ruang yang dapat penulis kesan dan perlu diperbaiki untuk rumah baru nanti.


Ini adalah pelan rumah ibu yang baru yang dapat penulis hasilkan dengan kos yang diperuntukkan. Secara asasnya, pelan baru ini menggunakan saiz pelan yang sama dengan pelan asal hanya penambahan sedikit dibahagian anjung kereta dibuat. Selebihnya adalah perubahan secara dalaman namun grid yang lama masih dikekalkan. Diantara perubahan yang ketara ialah saiz dapur yang telah diperbesarkan hampir 3 kali ganda, pengecilan bilik 3 bagi memberi ruang kepada pelebaran dapur, bilik air lengkap ditambah menjadi 2 dengan tandas duduk setiap satu. Selain itu, jumlah tingkap juga telah ditambah dan menggunakan tingkap jenis ram kaca 'naco' berserta blok pengudaraan (vent block) di atas setiap tingkap untuk pengudaraan. Perubahan yang dibuat adalah sangat asas tetapi praktikal. Konsep rekabentuk adalah sederhana dan tidak membazir dengan penggunaan sebanyak mungkin komponen asal yang ada. Pencahayaan siang yang optimum - tidak memerlukan lampu sepenuhnya pada waktu siang. Kos dianggarkan untuk proses transformasi ini adalah sebanyak RM60,000.


Berikut adalah diagram pemasangan peralatan elektrik bagi tumah ini. Sebelum ini, rumah ini hanya mempunyai satu sahaja kipas siling di ruang tamu. Jumlah soket yang terhad dan kedudukan suis lampu yang tidak sesuai. Untuk rumah yang berkonsepkan 'Air House' ianya memerlukan kipas siling yang banyak bagi mengalirkan udara di dalam rumah dan mempromosi pertukaran udara panas dan sejuk. Jumlah lampu kalimantang yang banyak bakal menjadikan rumah ini sebuah rumah yang terang dan ceria. Insha Allah.




Diatas adalah diantara pemandangan tampak depan, belakang, kiri dan kanan rumah ini. Nampak ringkas tetapi praktikal dan efisyen. Ianya mudah dibina dan menarik namun yang penting ianya selesa didiami. Inilah langkah pertama dalam merealisasikan rumah ibu ini. Rekabentuk baru perlu dikeluarkan bagi mendapatkan anggaran kos, agar bajet yang diperuntukkan mencukupi bagi mengelakkan pembaziran.

Oleh Firrbudi aka Lensahijau

Comments

Popular posts from this blog

The Establishment of 'Air House' Standard in Tropical Countries : Part 2

4 Key Factors in Designing A Building in Tropical Climate

My PhD Journey (Part 1 - Experience from the past)