2010 : Thank You Allah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya dan pelbagai peristiwa telah aku lalui baik manis dan pahit. Diantara perkara paling manis yang aku lalui pada tahun ini adalah kelahiran anak ke-2 dalam hidup kami. Seorang budak lelaki yang sangat comel, dialah anatara rezeki terunggul yang dikurniakan tuhan kepada kami pada tahun 2010 ini. Dialah pemberi semangat kepada aku ketika aku diberi ujian yang sangat getir. Kelahirannya pada 16 Mei 2010 menjadi permulaan kepada tahun yang menceriakan kehidupan kami sekeluarga. Pada tahun 2010 ini juga aku berazam untuk menyambung pelajaran aku ke peringkat sarjana atas skim HLP 2011 tajaan JPA. Aku berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri sesuatu yang bagi aku sangat mustahil untuk dilaksanakan memandangkan kebolehan bahasa inggerisku yang amat terhad. Namun aku bulatkan tekad dan aku percaya tiada yang mustahil selagi kita berusaha. Aku mengambil peperiksaan IELTS kali pert