Monday, April 11, 2016

My PhD Journey (Part 3 - Proses Permohonan Biasiswa Komanwel UK / UK Commonwealth Scholarship Application)


Entry ini ditulis khusus untuk membantu insan-insan yang ingin menimba ilmu di UK tetapi tiada sumber kewangan yang kukuh untuk menampung pembelajaran mereka seperti saya. Semestinya pembiayaan adalah faktor terpenting untuk mengembara mengejar ilmu lebih-lebih lagi di luar negara. Kenapa di luar negara? Saranan untuk melata dan mengembara sebenarnya telah disebut di dalam kitab suci Al-Quran seperti ayat-ayat berikut:


Surah Al-Mulk Ayat 15

Surah Anam Ayat 11


Surah Muhammad Ayat 10


Surah Ar-Rum Ayat 42



Jelas disini, Allah menyarankan hambanya melakukan perjalanan, bermusafir dan mengembara bagi mencari kebenaran tentang ayat-ayat Allah. Mempelajari dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku keatas umat-umat terdahulu dan kebinasaan yang ditimpa atas kekufuran yang mereka lakukan. Sebagai petunjuk dan pengajaran kepada kita agar kita menjadi lebih beriman dan bertaqwa.

Secara peribadi, dengan pengalaman yang singkat ketika berkelana di bumi UK pada tahun 2011-2012, saya boleh katakan saya telah menemui manisnya menjadi seorang islam ditengah-tengah komuniti bukan islam disana. Bagaimana susahnya mencari tempat untuk bersembahyang, mencari masa yang sesuai untuk bersembahyang dan meninggalkan hal-hal dunia untuk mengingati Allah ditengah-tengah kesibukan manusia lain mengejar kenikmatan dunia. Saya merasakan Allah itu sangat hampir dan sentiasa bersama saya dalam pengembaraan tersebut. Tetapi pengalaman itu tidak dapat dinikmati sepanjang saya berada di Malaysia kerana disini segalanya mudah untuk seorang islam mempraktikkan agamanya hingga menjadikan kita melakukan ibadat secara tidak serius dan sambil lewa.

Maka, saya menyarankan insan-insan yang ingin menguji keimanan, bertaburanlah dan mengembaralah melihat kebesaran Allah di seluruh pelosok dunia. Dalam erti kata lain pengembaraan mampu membuka mata dan membuka hati betapa hebatnya ciptaan Allah S.W.T.

Berbalik kepada biasiswa komanwel, apakah proses dan dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan biasiswa ini? Disini saya akan menceritakan secara ringkas proses dan dokumen yang perlu disediakan bagi memudahkan urusan permohonan tersebut. Dokumen-dokumen seperti berikut perlu di 'scan' dan disimpan sebagai 'softcopy':
  • Ijazah Pertama atau setaraf (Bagi permohonan Masters)
  • Transkrip Ijazah Pertama
  • Ijazah Sarjana atau setaraf (Bagi permohonan PhD)
  • Transkrip Ijazah Sarjana
  • Keputusan IELTS (TOEFL tidak lagi diterima di UK)
  • Senarai Tugas Hakiki
Bagi pemohon penjawat awam, pegawai-pegawai yang berminat hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Commanwealth Scholarships dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
  • Berkhidmat secara tetap;
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan rofesional (Gred 41 ke atas);
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  • Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Markah keseluruhan IELTS tidak kurang 6.5 bagi peperiksaan yang diambil dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut;
  • Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (dikira dari tarikh permohonan);
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.

Sediakan juga dokumen-dokumen tambahan seperti borang Borang JPA(L)LDP 1A/96 (diisi oleh Bahagian Korporat Jabatan) dan JPA(L)LDP 1B/96 yang perlu diisi sendiri oleh pemohon dan disahkan oleh ketua jabatan/cawangan masing-masing, sebelum itu pastikan anda mendapatkan terlebih dahulu markah LNPT untuk 3 tahun terkini untuk diisi ke dalam borang tersebut.

Biasiswa komanwel ini ditawarkan kepada negara-negara membangun (Developing Countries) dan negara maju (Developed Countries). Namun, dalam konteks negara kita, Malaysia tergolong sebagai negara membangun dan oleh itu terdapat 7 jenis biasiswa komanwel untuk negara membangun seperti Malaysia iaitu:


·       Scholarships for Master’s and PhD study at a UK university
·       Split-site (PhD) Scholarships for split-site PhD study at a UK university
·       Shared Scholarships for Master’s study at selected UK universities
·       Distance Learning Scholarships to study UK Master’s degree courses in your home country
·       Academic Fellowships for early career academics to spend time at a UK university
·       Professional Fellowships for mid-career professionals to spend time at a UK host organisation
·       Medical Fellowships for doctors and dentists to spend time at a UK hospital

Pemohon boleh memilih kategori biasiswa yang mana yang sesuai untuknya. Untuk saya saya memilih pilihan pertama iaitu 'Scholarship for Master's and PhD study at a UK university'. Proses permohonan biasiswa komanwel ini adalah seperti berikut:

Langkah 1: Pastikan tarikh jangkaan iklan permohonan dikeluarkan (maklumat boleh diperolehi di http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/scholarships-developing-cw/), kebiasaannya iklan permohonan akan dibuka pada setiap bulan Ogos setiap tahun untuk pengajian pada tahun berikutnya. 

Langkah 2:  Mengisi borang permohonan atas talian (Electronic Application System) boleh diperolehi di pautan https://csc.do-it-online.org.uk/csc/ElectronicApplicationSystem.htm.

Langkah 3: Lengkapkan borang permohonan tersebut sebelum menghantar permohonan. Beberapa dokumen dan maklumat tambahan seperti berikut adalah diperlukan:
  • Maklumat Asas Pemohon
  • Latar Belakang Pendidikan
  • Hadiah atau anugerah pendidikan (jika ada, peluang adalah lebih cerah untuk dipilih)
  • Senarai percetakan atau sumbangan kertas kerja di dalam dan luar negara (jika ada, lebih mencerahkan peluang untuk terpilih)
  • Rekod pekerjaan dari awal sehingga yang terkini
  • Keahlian badan profesional (jika ada)
  • Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 kursus jangka pendek yang relevan dengan permohonan
  • Penglibatan dalam aktiviti sukarela
  • Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 referee (1 referee mestilah 'academician'/'master's supervisor') - Emel akan dihantar kepada referee yang dinamakan dan mereka perlu mengisi borang pengadilan secara online.
  • Maklumat tentang cadangan kajian di UK (perlu menyenarai 3 pilihan supervisor dan universiti; digalakkan untuk membuat hubungan perbincangan dengan bakal supervisor terlebih dahulu tentang topik kajian)
  • Pelan Terperinci Penyelidikan (Research Proposal)
  • Penerangan tentang kebaikan kajian terhadap negara asal (Malaysia)
  • Sekurang-kurangnya mendapat 2 penyata sokongan daripada 2 bakal supervisor
  • Penerangan tentang pelan kerjaya akan datang (objektif, jangka pendek dan jangka panjang)
  • Surat tawaran university yang terlibat dengan biasiswa komanwel (Jika ada lebih baik tapi paling kurang bukti permohonan ke universiti telah dibuat pun sudah mencukupi)
Kesemua ini perlu dilengkapkan secara online di sistem EAS seperti pautan diatas. Setelah permohonan diserah secara online, masanya untuk menunggu pihak JPA membuat pemilihan senarai pendek. Melalui penyiasatan yang telah saya lakukan, secara purata setahun, Malaysia menghantar pencalonan senarai pendek seramai lebih kurang 10 orang setahun dan kebiasaannya diantara 4 - 6 orang akan terpilih untuk dianugerahkan biasiswa ini. Namun pada tahun 2016, seramai 7 orang telah terpilih untuk dianugerahkan biasiswa ini yang mana 3 daripadanya adalah calon PhD. Diantara alumni yang boleh dirujuk melalui laman blog adalah Dr. Muhammad Tazli Azizan di https://bubblesintheocean.com/category/travelog-phd/. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi Petronas. 

Ya, ianya sangat kompetatif, jadi anda perlu menyenaraikan segala kelebihan yang anda capai baik darisegi akademik dan sumbangan sukarela. Untuk makluman pihak CSCUK telah menggariskan kriteria berikut sebagai panduan akhir pemilihan mereka:



Jadi, bersedialah untuk memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Jika anda sedang belajar diperingkat Master's dan bercadang untuk memohon bagi peringkat PhD; buatlah sebaik mungkin dan cubalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Juga cubalah untuk mengeluarkan kertas kerja diperingkat dalam dan luar negara sebelum membuat permohonan. Semua ini diambil kira dalam proses pemilihan kelak. Tiada sesuatu yang mudah tanpa usaha. Yakin pada diri sendiri. Kata kuncinya disini buat yang terbaik dalam apa jua urusan yang kita usahakan.

Sedikit sejarah tentang biasiswa komanwel di Malaysia. Sejak biasiswa komanwel ini ditawarkan kepada Malaysia dari tahun 1960 hingga 2015; seramai lebih kurang 500 rakyat malaysia telah menerima manfaat dibawah program ini iaitu purata 9 orang setahun selama 55 tahun. Jadi, rebutlah peluang dan mencuba sehabis baik kerana mungkin ada rezeki kita disini.

Bagaimana pula dengan nilai pembiayaan? Secara ringkas nilai pembiyaan adalah seperti berikut:

"Each scholarship provides:

· Approved airfare from your home country to the UK and return at the end of your award (the CSC will not reimburse the cost of fares for dependants, nor usually the cost of journeys made before your award is finally confirmed)

· Approved tuition and examination fees

· Stipend (living allowance) at the rate of £1,034 per month, or £1,268 per month for those at universities in the London metropolitan area (rates quoted at 2015-2016 levels)

· Thesis grant towards the cost of preparing a thesis or dissertation, where applicable

· Warm clothing allowance

· Study travel grant towards the costs of study-related travel within the UK or overseas

· For PhD Scholars, fieldwork grant towards the cost of fieldwork undertaken overseas (usually the cost of one economy class return airfare to your fieldwork location)

· For PhD Scholars, paid mid-term visit (airfare) to your home country (unless you have claimed (or intend to claim) spouse and/or child allowances during your scholarship, or have received a return airfare to your home country for fieldwork)

· If your scholarship is at least 18 months long, the following family allowances:

- Spouse allowance of £222 per month if you and your spouse are living together at the same address in the UK (unless your spouse is also in receipt of a scholarship)

- Child allowance of £222 per month for the first child, and £109 per month for the second and third child under the age of 16, if you are accompanied by your spouse and children and they are living with you at the same address in the UK

· If you are widowed, divorced, or a single parent (irrespective of the length of your scholarship), child allowance of £444 per month for the first child, and £109 per month for the second and third child under the age of 16, if you are accompanied by your children and they are living with you at the same address in the UK

The CSC’s family allowances are intended to be only a contribution towards the cost of maintaining your family in the UK. The true costs are likely to be considerably higher, and you must be able to supplement these allowances in order to support any family members who come to the UK with you. For more information, see the Handbook for Commonwealth Scholars and Fellows, available at http://bit.ly/cscuk-handbook-forms"

Bagi saya walau apapun nilainya kemudahan ini tidak harus disalah gunakan. Niat untuk belajar mesti betul dan ikhlas, bukan niat untuk melancong dan makan angin. Sumbangan selepas pembelajaran juga perlu diutamakan kerana ilmu yang diperolehi adalah amanah yang diberikan kepada kita. Seharusnya ianya dikembangkan dan dikongsi bersama. Kerana ilmu adalah saham akhirat yang sangat lumayan dan sentiasa beranak pinak. Fikirkan kepada kebaikan manusia agar ilmu kita ini dapat dimanfaatkan bukan disimpan menjadi hak privasi persendirian waima untuk didagangkan. Peringatan ini adalah untuk saya dan juga anda yang mungkin suatu hari nanti berpeluang menggunakan kemudahan ini. Insha Allah niatkan pengembaraan ini adalah untuk memenuhi tanggungjawab kita terhadap masyarakat sebagai utusan khalifah Allah dimuka bumi.

Firrbudi aka Lensahijau
12 April 2016


8 comments:

  1. Tq firdaus for sharing the experiences.its really inspiring.semoga dipermudahkan urusan mengejar ilmu walau di mana pun kita berada.

    ReplyDelete
  2. Tq firdaus for sharing the experiences.its really inspiring.semoga dipermudahkan urusan mengejar ilmu walau di mana pun kita berada.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih... ini shj sumbangan yang mampu diberi...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih... ini shj sumbangan yang mampu diberi...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih firrdhaus... info ini sangat membantu. Mohon sekiranya Tuan dapat memberikan tips untuk meningkatkan kemungkinan terpilih mendapat biasiswa ini..

    ReplyDelete
  6. Tuan, sila refer pada link ini untuk mengetahui kelemahan untuk diperbaiki dalam permohonan biasiswa ini http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/feedback/

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing. Saya ingin bertanya, adakah ia dibuka hanya untuk penjawat awam sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak hanya penjawat awam. Saya merupakan satu2nya penjawat awam yang terpilih pada tahun 2016 daripada 7 org yang disenarai pendek.

      Delete