My PhD Journey (Part 3 - Proses Permohonan Biasiswa Komanwel UK / UK Commonwealth Scholarship Application)
Entry ini ditulis khusus untuk membantu insan-insan yang ingin menimba ilmu di UK tetapi tiada sumber kewangan yang kukuh untuk menampung pembelajaran mereka seperti saya. Semestinya pembiayaan adalah faktor terpenting untuk mengembara mengejar ilmu lebih-lebih lagi di luar negara. Kenapa di luar negara? Saranan untuk melata dan mengembara sebenarnya telah disebut di dalam kitab suci Al-Quran seperti ayat-ayat berikut:
Surah Al-Mulk Ayat 15
Surah Anam Ayat 11
Surah Muhammad Ayat 10
Surah Ar-Rum Ayat 42
Jelas
disini, Allah menyarankan hambanya melakukan perjalanan, bermusafir dan
mengembara bagi mencari kebenaran tentang ayat-ayat Allah. Mempelajari dari
peristiwa-peristiwa yang telah berlaku keatas umat-umat terdahulu dan
kebinasaan yang ditimpa atas kekufuran yang mereka lakukan. Sebagai petunjuk
dan pengajaran kepada kita agar kita menjadi lebih beriman dan bertaqwa.
Secara
peribadi, dengan pengalaman yang singkat ketika berkelana di bumi UK pada tahun
2011-2012, saya boleh katakan saya telah menemui manisnya menjadi seorang islam
ditengah-tengah komuniti bukan islam disana. Bagaimana susahnya mencari tempat
untuk bersembahyang, mencari masa yang sesuai untuk bersembahyang dan
meninggalkan hal-hal dunia untuk mengingati Allah ditengah-tengah kesibukan manusia
lain mengejar kenikmatan dunia. Saya merasakan Allah itu sangat hampir dan
sentiasa bersama saya dalam pengembaraan tersebut. Tetapi pengalaman itu tidak
dapat dinikmati sepanjang saya berada di Malaysia kerana disini segalanya mudah
untuk seorang islam mempraktikkan agamanya hingga menjadikan kita melakukan
ibadat secara tidak serius dan sambil lewa.
Maka,
saya menyarankan insan-insan yang ingin menguji keimanan, bertaburanlah dan
mengembaralah melihat kebesaran Allah di seluruh pelosok dunia. Dalam erti kata
lain pengembaraan mampu membuka mata dan membuka hati betapa hebatnya ciptaan
Allah S.W.T.
Berbalik
kepada biasiswa komanwel, apakah proses dan dokumen yang diperlukan sebelum
membuat permohonan biasiswa ini? Disini saya akan menceritakan secara ringkas
proses dan dokumen yang perlu disediakan bagi memudahkan urusan permohonan
tersebut. Dokumen-dokumen seperti berikut perlu di 'scan' dan disimpan sebagai
'softcopy':
- Ijazah Pertama atau setaraf (Bagi permohonan Masters)
- Transkrip Ijazah Pertama
- Ijazah Sarjana atau setaraf (Bagi permohonan PhD)
- Transkrip Ijazah Sarjana
- Keputusan IELTS (TOEFL tidak lagi diterima di UK)
- Senarai Tugas Hakiki
- Berkhidmat secara tetap;
- Pegawai Kumpulan Pengurusan dan rofesional (Gred 41 ke atas);
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
- Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;
- Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Markah keseluruhan IELTS tidak kurang 6.5 bagi peperiksaan yang diambil dalam tempoh yang ditetapkan;
- Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut;
- Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (dikira dari tarikh permohonan);
- Telah mengisytiharkan harta;
- Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.
Sediakan
juga dokumen-dokumen tambahan seperti borang Borang JPA(L)LDP 1A/96 (diisi
oleh Bahagian Korporat Jabatan) dan JPA(L)LDP 1B/96 yang
perlu diisi sendiri oleh pemohon dan disahkan oleh ketua jabatan/cawangan
masing-masing, sebelum itu pastikan anda mendapatkan terlebih dahulu markah
LNPT untuk 3 tahun terkini untuk diisi ke dalam borang tersebut.
Biasiswa
komanwel ini ditawarkan kepada negara-negara membangun (Developing Countries)
dan negara maju (Developed Countries). Namun, dalam konteks negara kita,
Malaysia tergolong sebagai negara membangun dan oleh itu terdapat 7 jenis
biasiswa komanwel untuk negara membangun seperti Malaysia iaitu:
Pemohon boleh memilih kategori biasiswa yang mana yang sesuai untuknya. Untuk saya saya memilih pilihan pertama iaitu 'Scholarship for Master's and PhD study at a UK university'. Proses permohonan biasiswa komanwel ini adalah seperti berikut:
· Medical Fellowships for doctors and dentists to spend time at a UK hospital
Pemohon boleh memilih kategori biasiswa yang mana yang sesuai untuknya. Untuk saya saya memilih pilihan pertama iaitu 'Scholarship for Master's and PhD study at a UK university'. Proses permohonan biasiswa komanwel ini adalah seperti berikut:
Langkah
1: Pastikan tarikh jangkaan iklan permohonan dikeluarkan (maklumat boleh
diperolehi di http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/scholarships-developing-cw/),
kebiasaannya iklan permohonan akan dibuka pada setiap bulan Ogos setiap tahun
untuk pengajian pada tahun berikutnya.
Langkah
2: Mengisi borang permohonan atas talian
(Electronic
Application System) boleh diperolehi di pautan https://csc.do-it-online.org.uk/csc/ElectronicApplicationSystem.htm.
Langkah 3: Lengkapkan borang permohonan tersebut sebelum
menghantar permohonan. Beberapa dokumen dan maklumat tambahan seperti berikut
adalah diperlukan:
- Maklumat Asas Pemohon
- Latar Belakang Pendidikan
- Hadiah atau anugerah pendidikan (jika ada, peluang adalah lebih cerah untuk dipilih)
- Senarai percetakan atau sumbangan kertas kerja di dalam dan luar negara (jika ada, lebih mencerahkan peluang untuk terpilih)
- Rekod pekerjaan dari awal sehingga yang terkini
- Keahlian badan profesional (jika ada)
- Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 kursus jangka pendek yang relevan dengan permohonan
- Penglibatan dalam aktiviti sukarela
- Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 referee (1 referee mestilah 'academician'/'master's supervisor') - Emel akan dihantar kepada referee yang dinamakan dan mereka perlu mengisi borang pengadilan secara online.
- Maklumat tentang cadangan kajian di UK (perlu menyenarai 3 pilihan supervisor dan universiti; digalakkan untuk membuat hubungan perbincangan dengan bakal supervisor terlebih dahulu tentang topik kajian)
- Pelan Terperinci Penyelidikan (Research Proposal)
- Penerangan tentang kebaikan kajian terhadap negara asal (Malaysia)
- Sekurang-kurangnya mendapat 2 penyata sokongan daripada 2 bakal supervisor
- Penerangan tentang pelan kerjaya akan datang (objektif, jangka pendek dan jangka panjang)
- Surat tawaran university yang terlibat dengan biasiswa komanwel (Jika ada lebih baik tapi paling kurang bukti permohonan ke universiti telah dibuat pun sudah mencukupi)
Ya, ianya sangat
kompetatif, jadi anda perlu menyenaraikan segala kelebihan yang anda capai baik
darisegi akademik dan sumbangan sukarela. Untuk makluman pihak CSCUK telah
menggariskan kriteria berikut sebagai panduan akhir pemilihan mereka:
Jadi, bersedialah untuk memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan. Jika anda sedang belajar diperingkat Master's dan bercadang untuk memohon bagi peringkat PhD; buatlah sebaik mungkin dan cubalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Juga cubalah untuk mengeluarkan kertas kerja diperingkat dalam dan luar negara sebelum membuat permohonan. Semua ini diambil kira dalam proses pemilihan kelak. Tiada sesuatu yang mudah tanpa usaha. Yakin pada diri sendiri. Kata kuncinya disini buat yang terbaik dalam apa jua urusan yang kita usahakan.
Sedikit sejarah tentang biasiswa komanwel di Malaysia. Sejak biasiswa komanwel ini ditawarkan kepada Malaysia dari tahun 1960 hingga 2015; seramai lebih kurang 500 rakyat malaysia telah menerima manfaat dibawah program ini iaitu purata 9 orang setahun selama 55 tahun. Jadi, rebutlah peluang dan mencuba sehabis baik kerana mungkin ada rezeki kita disini.
Sedikit sejarah tentang biasiswa komanwel di Malaysia. Sejak biasiswa komanwel ini ditawarkan kepada Malaysia dari tahun 1960 hingga 2015; seramai lebih kurang 500 rakyat malaysia telah menerima manfaat dibawah program ini iaitu purata 9 orang setahun selama 55 tahun. Jadi, rebutlah peluang dan mencuba sehabis baik kerana mungkin ada rezeki kita disini.
Bagaimana pula dengan nilai pembiayaan? Secara ringkas
nilai pembiyaan adalah seperti berikut:
"Each scholarship provides:
· Approved airfare from your home country to the UK and
return at the end of your award (the CSC will not reimburse the cost of fares
for dependants, nor usually the cost of journeys made before your award is
finally confirmed)
· Approved tuition and examination fees
· Stipend (living allowance) at the rate of £1,034 per
month, or £1,268 per month for those at universities in the London metropolitan
area (rates quoted at 2015-2016 levels)
· Thesis grant towards the cost of preparing a thesis or
dissertation, where applicable
· Warm clothing allowance
· Study travel grant towards the costs of study-related
travel within the UK or overseas
· For PhD Scholars, fieldwork grant towards the cost of
fieldwork undertaken overseas (usually the cost of one economy class return
airfare to your fieldwork location)
· For PhD Scholars, paid mid-term visit (airfare) to your
home country (unless you have claimed (or intend to claim) spouse and/or child
allowances during your scholarship, or have received a return airfare to your
home country for fieldwork)
· If your scholarship is at least 18 months long, the
following family allowances:
- Spouse allowance of £222 per month if you and your
spouse are living together at the same address in the UK (unless your spouse is
also in receipt of a scholarship)
- Child allowance of £222 per month for the first child,
and £109 per month for the second and third child under the age of 16, if you
are accompanied by your spouse and children and they are living with you at the
same address in the UK
· If you are widowed, divorced, or a single parent
(irrespective of the length of your scholarship), child allowance of £444 per
month for the first child, and £109 per month for the second and third child
under the age of 16, if you are accompanied by your children and they are living
with you at the same address in the UK
The CSC’s family allowances are intended to be only a
contribution towards the cost of maintaining your family in the UK. The true
costs are likely to be considerably higher, and you must be able to supplement
these allowances in order to support any family members who come to the UK with
you. For more information, see the Handbook for Commonwealth
Scholars and Fellows, available at http://bit.ly/cscuk-handbook-forms"
Bagi saya walau apapun nilainya kemudahan ini tidak harus
disalah gunakan. Niat untuk belajar mesti betul dan ikhlas, bukan niat untuk
melancong dan makan angin. Sumbangan selepas pembelajaran juga perlu diutamakan
kerana ilmu yang diperolehi adalah amanah yang diberikan kepada kita.
Seharusnya ianya dikembangkan dan dikongsi bersama. Kerana ilmu adalah saham
akhirat yang sangat lumayan dan sentiasa beranak pinak. Fikirkan kepada
kebaikan manusia agar ilmu kita ini dapat dimanfaatkan bukan disimpan menjadi
hak privasi persendirian waima untuk didagangkan. Peringatan ini adalah untuk
saya dan juga anda yang mungkin suatu hari nanti berpeluang menggunakan
kemudahan ini. Insha Allah niatkan pengembaraan ini adalah untuk memenuhi
tanggungjawab kita terhadap masyarakat sebagai utusan khalifah Allah dimuka
bumi.
Firrbudi aka Lensahijau
12 April 2016
Tq firdaus for sharing the experiences.its really inspiring.semoga dipermudahkan urusan mengejar ilmu walau di mana pun kita berada.
ReplyDeleteTq firdaus for sharing the experiences.its really inspiring.semoga dipermudahkan urusan mengejar ilmu walau di mana pun kita berada.
ReplyDeleteTerima kasih... ini shj sumbangan yang mampu diberi...
ReplyDeleteTerima kasih... ini shj sumbangan yang mampu diberi...
ReplyDeleteTerima kasih firrdhaus... info ini sangat membantu. Mohon sekiranya Tuan dapat memberikan tips untuk meningkatkan kemungkinan terpilih mendapat biasiswa ini..
ReplyDeleteTuan, sila refer pada link ini untuk mengetahui kelemahan untuk diperbaiki dalam permohonan biasiswa ini http://cscuk.dfid.gov.uk/apply/feedback/
ReplyDeleteThanks for sharing. Saya ingin bertanya, adakah ia dibuka hanya untuk penjawat awam sahaja?
ReplyDeleteTidak ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak hanya penjawat awam. Saya merupakan satu2nya penjawat awam yang terpilih pada tahun 2016 daripada 7 org yang disenarai pendek.
DeleteSalam saudara, boleh saya tau saudara di bahagian mana di uk? Dan boleh saya minta email saudara? Ada nak tanya sikit
ReplyDeleteDoakan saya berjaya diberi scholarship ini bg tahun 2019. Im applying this scholarship for University Of Manchester 2019 intake ☺️
ReplyDeleteHi Puan, ada dapat apa-apa makluman dari JPA or CSC selepas submission?
DeleteTuan, adakah pemohon perlu menghantar sebarang dokumen (hardcopy) pada pejabat JPA? Sungguh khuatir kerana status permohonan masih "belum diterima".
ReplyDeleteHi Tuan, berdasarkan JPA, katanya dalam bulan 4 atau 6 dapat tahu result. Kali ini, tahun ini, pihak JPA maklumkan, tiada sebarang dokumen yg diperlukan utk dihantar ke JPA. Sekiranya berjaya, dah pihak biasiswa maklumkan berjaya.. batu pihak jpa akan minta dokumen. Doakan agar saya berjaya menyambung pelajaran peringkat master di UK dengan biasiswa tersebut ☺️
ReplyDeleteSaya doakan puan, tuan zhaf dan saya sendiri berjaya menerima biasiswa komanwel tahun 2019. Saya juga ingin menyambung master di UK. Kalau ikut pengalaman tuan rumah Tn Firrdaus timeline dia lebih kurang permohonan tahun ini kemungkinan besar Notification of Award akan dikeluarkan pada bulan Mac dan Confirmation of Award selewatnya bulan 5 kerana penjawat awam perlu memohon cuti belajar sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum memulakan pengajian. Ini pengalaman kedua saya memohon tahun lepas di peringkat awal saya telah dapat makluman dari CSC pihak JPA tidak mencalonkan saya seawal tarikh akhir pencalonan oleh nominating body. Namun tahun ini tidak dapat apa-apa makluman pula samada JPA membuat pencalonan atau tidak. Berharap dan berdoa berita baik kelak. In Syaa Allah
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAnyone dah dpat email from csc regarding the result for this year?
DeleteTerima kasih banyak-banyak di atas perkongsian maklumat dari saudara. Saya sedang menanti dengan penuh debaran.. ini permohonan saya kali pertama, dan saya tekad dengan permohonan ini.. namun semuanya terserah pada takdir setelah berusaha. Insya Allah, berharap dan berdoa dengan perkhabaran gembira. ☺️
ReplyDelete