Posts

Showing posts from June, 2016

The Commonwealth Scholarship Commission (CSC) in Numbers...

Image
The diagram above shows the total numbers of Commonwealth Scholarships awarded to all commonwealth member countries in 2014-2015. In total there were about 1641 scholarships have been awarded in both years, which 909 of them awarded in 2015. There were about 110 scholars have been offered for PhD and 155 scholars for Master's. The diagram also shows the distribution of the scholarships according to the regions. The Sub-Saharan African region received the highest numbers of scholarships which about 595 and followed by South Asia region with 251. The other regions such as Australasia, Europe, Pacific, South East Asia and Caribbean received only 6.5% of the total scholarships. Taken from:  http://cscuk.dfid.gov.uk/common-knowledge/ Commonwealth Countries from South East Asia are Malaysia, Singapore & Brunei Darussalam.

'Mercun Kitar Semula' ciptaan Sangit Selamat

Image
'Mercun Kitar Semula' ciptaan Sangit Selamat Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Satu set 'nat' basikal 2. Dawai yang sederhana keras dalam 500 cm 3. Paku bersaiz besar lubang 'nat' 4. Mancis Api Kaedah Pembuatannya: 1. Pintalkan hujung dawai ketat-ketat kepada sarung 'nat' tersebut sehingga tidak terlucut. 2. Lipat dawai menjadi pemegang mengikut keselesaan. 3. Ambil 2-3 batang mancis dan surihkan belerang kedalam lubang 'nat' tadi. 4. Sumbatkan paku ke dalam lubang 'nat' perlahan-lahan sehingga paku tidak terlucut. 5. Pegang pemegang 'nat' tadi dan ketuk paku tadi di permukaan yang rata dan keras. 6. Letupan akan terhasil dan ulang langkah 3 - 5 untuk letupan seterusnya sehingga puas. Selamat Mencuba! Didokumentasikan oleh Firrbudi aka Lensahijau

Projek Transformasi ‘The Naco House’ : Kronologi Pembinaan & Kajian Pencahayaan Semulajadi

Image
Projek Transformasi ‘ The Naco House ’ :  Kronologi Pembinaan & Kajian Pencahayaan Semulajadi Oleh Mohd Firrdhaus Mohd Sahabuddin (Jun 2016) Pengenalan               Rata-rata masyarakat di Malaysia terutama di kawasan kampong dan pendalaman membina rumah mereka menggunakan ilham sendiri dengan kepakaran tempatan. Kebiasaannya rumah-rumah persendirian ini direkabentuk oleh tuan rumah sendiri atau tukang kampong atas kemahuan dan citarasa mereka berdasarkan pengamatan dan tinjauan terhadap contoh-contoh rumah persendirian di kawasan sekeliling. Dengan mengambil faktor permintaan terhadap khidmat tukang kampong yang masih tinggi, maka kajian yang telah dilakukan oleh penulis ini adalah khusus untuk masyarakat kampong agar rumah persendirian mereka lebih selesa didiami dan menjimatkan tenaga elektrik. Artikel ini tidak akan menyentuh tentang gaya senibina sesebuah rumah tersebut kerana ianya bersifat peribadi dan masing-masing mempunyai minat terhadap gaya senibina t

Pengudaraan Semulajadi di Kediaman Tinggi : Permasalahan & Penyelesaian

Image
Pengudaraan Semulajadi di Kediaman Tinggi : Permasalahan & Penyelesaian Oleh: Mohd Firrdhaus Mohd Sahabuddin (2016) Imej 1: Panorama Kediaman Tinggi di Bukit Kiara, Kuala Lumpur (Sumber: www.panoramio.com) Pengenalan Tinggal di kediaman tinggi ( residential high-rise ) merupakan situasi kebiasaan bagi warga kota-kota besar di seluruh dunia. Mengikut laporan tahunan Council on Tall Buildings and Urban Habitat  (CTBUH), jumlah keseluruhan bangunan tinggi melebihi 200 meter yang siap dibina pada tahun 2014 ialah sebanyak 97 buah bangunan di seluruh dunia. Dari jumlah tersebut, 76% daripada bangunan-bangunan tersebut  terletak di Asia dan 47% daripadanya adalah bangunan yang mempunyai unit-unit kediaman tinggi ( Safarik, Wood, Carver, & Gerometta, 2015 ) . Tidak terkecuali di Malaysia; tren industri kediaman di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Lembah Kelang, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru adalah berbentuk rumah bertingkat tinggi bagi memenuhi keperl