Posts

Showing posts from February, 2009

Come Out & Play...

Image
by Firrbudi @ Laguna Park, Pulau Indah, 7 Feb 2009 Mobile : +6019 2005256 Email : lensa_hijau@yahoo.com / dosh212@gmail.com Personal Blog : http://lensahijau.blogspot.com/ Fotopages : http://lensahijau.fotopages.com/

My First Product Photo

Image
'Product Photo' sesuatu yang pernah kucuba suatu ketika dulu, namun tak semudah dan hasilnya tidaklah sebaik yang diharapkan. Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu gambar produk yang baik kita bukan sahaja perlu ada kefahaman asas teknikal kamera dan pencahayaan yang jitu malah kita memerlukan kelengkapan yang lengkap atau separa lengkap bagi yang baru berjinak seperti aku. Aku telah berpeluang untuk memperbaiki teknik gambar produk ini setelah dilamar oleh sebuah syarikat perindustrian makanan (DMG FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.) untuk merakamkan gambar produk mereka seperti Royale Danish dan Royale Cookie yang telah ada dipasaran di pasaraya terdekat. Terima kasih atas kepercayaan mereka dan kerjasama disepanjang sesi 'photoshoot' ini. Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama aku untuk menghasilkan karya 'product photo', jadi aku telah membuat beberapa 'homework' beberapa hari sebelum tarikh photoshoot diadakan. Agak gabra juga untuk mengambil tugasa

How to Make Product Photo

Image
Introduction I never thought much of it, but people ask me how I make product photos look so good. It's all in the lighting! Here's how. See also Studio Strobes and How to Use Studio Lighting . Cleanliness We'll be shooting small items and see them bigger-than-life on screen. Any dust, schmutz or fingerprints will become obvious. It's faster to clean the items beforehand than to retouch them in Photoshop. I always wear nitrile exam gloves to prevent leaving my own fingerprints. I use fuzzy microfiber towels to suck off any dust or other people's fingerprints. I use these towels on the glass and bodies of everything. Even brand-new items often need cleaning. I shoot in a class 10,000 clean room and pull the items out of the boxes only after I'm in the clean room and in my bunny suit . Be as clean or as sloppy as you like. You'll have to balance your investment in cleanliness against the time you'll spend spotting all the dust and dirt later in Photosho

M-Suites Hotel, JB Waterfront & Komuter Subang

Image
Johor Bharu (JB) sebuah bandar yang begitu banyak sejarah dan memori bagi aku. Disini aku menghabiskan pelajaran selama 6 tahun di UTM, dan tidak dinafikan jiwaku masih tertinggal dibumi gersang ini. Alkisahnya, aku berkesempatan lagi untuk datang ke JB atas tiket mesyuarat dan lawatan tapak di sebuah sekolah di Kulai. Dengan hati yang berbaur gembira dan kepenatan kesan daripada pendakian bukit tabur tempohari, aku gagahi jua untuk datang melawat kota yang telah 5 tahun kutinggalkan. Inilah sedikit sebanyak gambar yang dapat aku rakamkan malam itu, banyak lagi tempat-tempat menarik yang bakal aku rakamkan bila ada peluang turun ke JB lagi. Dan dikesempatan ini aku ingin mengucapkan berjuta terima kasih kepada azamustafa , kawan baik ketika di UTM dan juga salah seorang wedding photographer disini kerana menemani dan membantu aku ketika mengalami kesulitan yang tak diduga. Boboi thanks a lot. by Firrbudi @ JB Waterfront, M-Suites Hotel & Komuter Subang : 16 & 17 Feb 2009

Bukit Tabur 09'

Image
Syukur... Selamat semuanya, kami seramai 18 orang pemuda pemudi yang sebahagian besarnya staf-staf JKR dan di awasi oleh 4 org 'guide' bertauliah telah menjalankan aktiviti mendaki Bukit Tabur. Setelah berkumpul hampir 1/2 jam di petronas Tmn. Melati kami memulakan perjalanan menuju ke kaki Bukit Tabur. Diamati terserlah semangat dan keghairahan masing-masing untuk menawan puncak yang menjanjikan keunikan alam semulajadi ini. Sebelum itu, senaman ringan dan doa selamat dibacakan bagi memohon perlindungan dari Tuhan yang Esa, agar tiada musibah berlaku, al maklumlah kebanyakkannya first timer... Jam 8 pagi pendakian kami bermula, dan sejak dari awal lagi kami diuji dengan 'ekstrem' skali oleh topografi dan trek yang sgt mencabar. Sesuatu yang tidak kami jangkakan langsung. Ramai yang patah semangat namun kami tiada pilihan, tiada jalan pintas, dan tidak berbaloi untuk berpatah kembali, kami kini telah berada ditengah-tengah hutan batu yang amat asing. Tiada

Aku & Bulan...

Image
Oh Bulan... Samarnya cahayamu Buat tenang jiwaku Oh Bulan... Engkau kesepian Dan jiwaku larut dalam sepi itu Oh Bulan... Wujudmu dengan seribu erti Yang tak mudah untuk aku mengerti Oh Bulan... Malam-malam indahku bersamamu Namun tidak sentiasa kau mampu mendampingiku by firrbudi @ Bdr. Sri Damansara, 09 Feb 2009 Mobile : +6019 2005256 Email : lensa_hijau@yahoo.com / dosh212@gmail.com Personal Blog : http://lensahijau.blogspot.com/ Fotopages : http://lensahijau.fotopages.com/

Parameswara & Melaka

Image
Parameswara mungkin tidak pernah wujud dalam sejarah tanah air dan dengan demikian Tun Sri Lanang bukan orang yang bertanggungjawab memadamkan nama tersebut dalam buku Sejarah Melayu. Apa yang sebenarnya berlaku bukan Parameswara yang membuka Melaka seperti yang dicatatkan oleh Sejarah Melayu tetapi ialah Megat Iskandar Syah. Tome Pires melalui bukunya Suma Oriental menggunakan nama Parameswara sebagai pembuka Melaka pada 1402 berasaskan maklumat-maklumat yang dikumpul melalui proses dengar cakap dari orang-orang Melaka yang masih ada selepas Portugis menawan Melaka tahun 1511. Pada tahun 1512 Tome Pires telah mengumpulkan maklumat itu dan dibukukan mengikut pandangan penjajah Portugis dan kacamata penulisan sejarah Barat. Sudah pasti tidak ada pembesar-pembesar istana yang masih tinggal di Melaka di masa itu dan sudah tentu pula Tome Pires mendapat maklumat dari orang-orang bukan Melayu dibandar tersebut. Dengan demikian nama-nama yang bukan serasi dengan lidah melayu telah disebut

Save Palestine!

Image
Salam... setelah hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita kesengsaraan warga Palestin di dada akhbar maupun di kaca televisyen; seharusnya atau dengan kata yang lebih tepat kewajiban kita semua sebagai ummat islam memulaukan barangan dan produk yang berunsurkan zionis ini! inilah satu-satunya ikhtiar yang mampu kita sumbangkan selain daripada berdoa dan menderma ke tabung Palestin yang sedang rancak dianjurkan oleh badan-badan NGO dan kerajaan saat ini. Walaupun tindakan ini tidaklah memberi impak yang besar namun ianya mampu meningkatkan kesedaran kita untuk bersatu memerangi pencerobohan tentera dan imigran zionis di bumi Palestin. Salahkah perjuangan Hamas dan Hizbollah mengembalikan kedaulatan negara mereka yang dijajah? Salahkan mereka dibekalkan dengan senjata murah berbanding dengan wilayah haram 'israhell' yang mendapat bantuan peralatan peperangan yang canggih dari amerika? Dunia sekarang berada didalam kegelapan, sikap para pemimpin negara arab yang mengelil

Anakku....

Image
'Sofia' itulah nama diberi... dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 2007 hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50... So, birthday Sofia akan disambut setiap tahun dengan gilang gemilang berkongsi dengan beratus2 atau mungkin beribu rakyat Malaysia yang sama tarikh lahirnya... Gambar ni dirakam pada awal Januari yang lalu di kampung tempat tumpah darah aku di Tapah Road, Perak. Berlatarbelakangkan rumah Tok Nyang & Pah Nyang yang sedang uzur ketika ini... 1001 cerita dan kenangan sepanjang 17 tahun aku dibesarkan disini dari seawal umurku 1 tahun 4 bulan hinggalah 17 tahun... Sofia... zaman kita berbeza, cara kita dibesarkan berbeza, permainan kita ketika kecil juga berbeza, Sejarah hidup kita pasti berbeza... Walau dimanapun kita berada dan dibesarkan ingatlah tempat asal usul kita... kerana disitu lebih memahami apa yang pernah kita alami... disitu mungkin tiada apa lagi yang tinggal tapi kenangan kita akan kekal abadi di hati sanubari... Untuk Sofia... Papa n Mama luv you always...

Alam Mesra di Bangi....

Image
Salam.... tarikh 01 Jan 09 aku telah diminta oleh http://kgaronline.blogspot.com untuk membuat liputan bergambar satu pertandingan golf tertutup anjuran Kelab Golf Arkitek JKR itu sendiri. Tempat berlangsungnya pertandingan ini adalahdi Kelab Golf Bangi; ianya bermula seawal 7.30 pagi... aku dengan malam sebelumnya menidurkan diri lebih kurang jam 4 pagi (ManU vs Everton) terpaksa dengan semangat kesukanan dan jiwa mendalam dalam hobi aku ni telah bangun seawal 6.15 pagi bagi mempersiapkan diri dan bergerak ke lokasi yang dijanjikan.... Alhamdullillah... aku selamat sampai jam 7.45 pagi dan terus menjalankan tugas sebaik tiba hinggalah jam 2 petang. Kepenatan dan kekuyuan mata dapat aku tahan, ini semua kerana satu-satunya yang mengujakan aku disini adalah 'kehijauan'.... aku suka padang golf.... suka kerana inilah tempat jiwa dan naluri azali setiap insan didunia.... hehe.... by Firrbudi @ Kelab Golf Bangi : Feb 09 Mobile : +6019 2005256 Email : lensa_hijau@yahoo.com / dosh